Thursday, 17 December 2015

INDEPENDENT SARAWAKIAN FB PAGES

Dunia media social hanya terletak di hujung jari anda. Klik butang share dan like sudah mampu mendapatkan sebarang informasi terkini mengenai seluruh dunia.  Inilah penangan media social dan perkataan “viral” boleh mengejutkan sesiapa sahaja yang “tidur” dan masih hanyut dibuat “mimpi selesa”. 

Di Sarawak khususnya tanpa kita sedari ada segelintir anak muda Sarawak yang mempunyai jiwa patriotik dan ikhlas tanpa pernah menerima habuan atau bayaran atas “kerja amal” mereka bagi menyampaikan informasi terkini mengenai Sarawak.  Terlalu kagum dengan kesungguhan para admin-admin ini yang mempunyai jiwa kental dan mempunyai niat yang sungguh murni.

Kadang-kadang boleh dikatakan informasi mereka adalah yang terkini sehingga ramai antara orang Sarawak yang menetap nun jauh dari bumi Sarawak boleh mengetahui apa sahaja informasi terkini mengenai tanahair sahaja.  Apa sahaja daripada informasi kebakaran, kecurian, kemalangan, kehilangan serta banyak lagi menjadi posting di laman pages mereka saban hari. 

Antara fb pages yang bergerak bebas ini adalah:

1. Kamek Miak Sarawak

2.  I Love Kuching

3. Bintulu News

4. Borneo

5. Made In Sarawak

6. Sebuyau, Sarawak

7. My Mukah

8. Kamek Miak Bintulu

9. Info Sarawak
https://www.facebook.com/info.sarawak/?fref=ts

Selain itu, banyak juga badan-badan kerajaan yang memberikan informasi kepada pages-pages bebas ini untuk menyalurkan informasi kepada rakyat Sarawak yang terkini.  Ini merupakan satu kerjasama yang terbaik dan harus dipuji.  Antaranya adalah: 

i.  Pusat Operasi Negeri Sarawak
ii. Sarawak Road Update

Hanya menyebut beberapa nama pages tetapi yang pasti ada banyak lagi page community yang bergerak bebas di alam maya.  Mereka menjadi sumber rujukan sementara menunggu perkhabaran berita sahih di dalam media prima, suratkhabar dan portal-portal rasmi kerajaan. 

Mereka merupakan penyalur maklumat yang TIDAK DIDENDANGKAN namun usaha murni mereka harus kita hargai.  Tabik Spring untuk barisan admin “Independent Sarawakian Pages”. Terima kasih untuk segalanya daripada kami anak Sarawak.

Keep Calm and Love Sarawak!


No comments:

Post a Comment