Memetik kata-kata dari dua individu mengenai
toleransi kaum dan agama.
“… Saya tidak melihat adanya sebarang masalah
jika terdapat umat Islam yang turut sama menyambut perayaan rakan daripada kaum
dan agama lain. Ini kerana ianya mampu menyuburkan keakraban toleransi dan
hormat-menghormati antara satu sama lain…” – Sultan Ibrahim, Sultan Johor –
“..Kita harus
saling menghormati agama antara satu sama lain. Masing-masing ada kepercayaan
dan pegangan agama sendiri dan itulah keunikan yang ada di sini. Jangan
campuradukkan agama dengan politik seperti yang diamalkan di tempat lain kerana
itu bukan amalan kita..” – TSDP Adenan Haji Satem –
Dua petikan
kata-kata ini sudah cukup menggambarkan betapa pentingnya kita hidup
bertoleransi di antara satu sama lain lebih-lebih lagi kita di Malaysia amnya,
Sarawak mahupun Johor khususnya terdiri daripada masyarakat majmuk yang
mempunyai pelbagai latar belakang kaum dan agama yang berbeza.
Jadi pada mereka
yang sering melontarkan segala tohmahan berlandaskan segala nas agama dan
dangkal politik seharusnya merasa malu kerana hati dan perasaan kaum serta
agama orang lain juga harus dijaga apabila berbicara.
Apabila
berbicara mengenai sekitar sambutan menjelangnya perayaan Krismas di Sarawak
sudah tentu sekarang begitu rancaknya Bandar-bandar utama di Sarawak dengan
hiasan Krismas yang mewarnai pusat-pusat membeli belah.
Maka kita akan
melihat gedong-gedong membeli belah seperti bermandikan cahaya malah tidak
terlampau untuk mengatakan sambutan beserta dengan hiasan seperti ini
membuatkan kita berasa seolah-olah di Negara Eropah yang mana sambutan
Krismasnya adalah perayaan utama mereka.
Bukan itu
sahaja, sudah menjadi tradisi di Sarawak akan diadakan “Christmas Parade” di
Bandar-bandar besarnya yang sudah tentu menonjolkan segala budaya dan
warisannya masyarakat Sarawak itu sendiri.
Dan yang lebih
menyeronokkan ianya juga turut disertai oleh pelbagai bangsa dan agama. Inilah
indahnya bumi Sarawak dan tidak perlu untuk seseorang itu pergi jauh-jauh
“sampei nikik bilun” hanya hendak merasa sambutan Krismas itu sendiri.
Di Sarawak,
penganut agama Kristian sudah tentu mula mencongak persiapan mereka untuk
menyambut Hari Krismas. Jadi, bijak-bijaklah berbelanja dengan penuh
kesederhanaan mengikut apa yang termampu.
Untuk semua
masyarakat Sarawak sama-samalah kita memeriahkan suasana Hari Krismas ini
kerana ianya juga menunjukkan kita sebagai satu bangsa yang unggul.
Bersatulah kita
sebagai anak Malaysia.
Nota: Gambar yang disertakan merupakan caption
suasana terkini menjelang Krismas di pusat membeli belah The Springs.
No comments:
Post a Comment