Monday, 30 September 2019

SARAWAK TUBUH POLIS MARIN SARAWAK TAHUN 2020 -KM ABG JO-


TATKALA berbicara soal persempadanan laut dan ditambahlagi dengan gejala pencerobohan lautan oleh banyak nelayan-nelayan asing, lautan Sarawak seringkali menjadi mangsa dan ini terbukti dengan banyaknya hal seperti ini diwar-warkan di media massa.  Dan umum mengetahui bahawa Polis Marin pula dikawalselia oleh pihak Persekutuan seperti selalunya.  

Namun jika dilihat dari segi undang-undang dan perlembagaan yang sedia ada, tanpa kita ketahui bahawa Sarawak sebenarnya BOLEH MENUBUHKAN POLIS MARIN sendiri.  Dek kerana itulah Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg mengwar-warkannya ketika majlis Perasmian Penanaman Tukun Tiruan (Reef Ball) di Perairan Igan-Mukah di sini pagi tadi.

Dengan adanya Polis Marin Sarawak sudah tentu ia akan menguatkan lagi segala pertahanan yang sedia ada dan ini termasuklah memudahkan lagi industri perikanan ditadbir dan diurus dengan lebih berstruktur, selain hak-hak perairan rakyat Sarawak akan sepenuhnya dilindungi daripada penceroboh luar.

Beliau sendiri akan membentangkan pindaan undang-undang berkenaan pada April 2020 ketika persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Hakikatnya siapalah lagi yang lebih berhak menjaga Sarawak ibu pertiwi jika tidak RAKYAT SARAWAK sendiri.  Hanya orang Sarawak yang mengenal apa itu Sarawak.

#IamSarawakian
#SarawakFirst

Sunday, 29 September 2019

KAD EMAS UNTUK WARGA EMAS SARAWAK BERMULA JANUARI 2020


ATAS dasar keprihatinan Kerajaan Sarawak satu kad khas iaitu Kad Emas untuk rakyat Sarawak yang berusia 60 tahun ke atas diperkenalkan menjelang Januari 2020. Ianya dinyatakan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan, Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak yakni Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah yang juga ADUN Dalat ketika sambutan Hari Wanita dua hari yang lepas.   

Menurut beliau kad emas untuk warga emas Sarawak ini akan menggunakan pendekatan sepertimana negara Singapura dan New Zealand lakukan.  Dengan adanya kad emas ini kelak maka warga emas Sarawak akan boleh mendapat keistimewaan seperti bantuan perubatan dan diskaun istimewa untuk pembelian ubat-ubatan, pengangkutan, membeli belah serta banyak lagi.  

Pautan berita penuh:


Ini merupakan satu langkah yang wajar kita sokong malah boleh dikategorikan sebagai memakmurkan rakyat Sarawak itu sendiri.  Kerajaan Sarawak melalui Gabungan Parti Sarawak sebelum ini sudah memberikan banyak keistimewaan dan bantuan seawal anak Sarawak yang baru dilahirkan seperti Endowment Fund kemudian pelajar-pelajar anak Sarawak yang menuntut di luar Sarawak untuk bantuan tiket penerbangan menjelang hari perayaan.  Jika diikutkan segala keistimewaan ini jelas meliputi setiap peringkat umur baharulah keadilan untuk semua rakyat Sarawak.

Bagaimana untuk memohon? Kita nantikan cerita proses permohonannya menjelang akhir tahun 2019 ini.  Sabar itu nikmat.  

#SarawakFirst

RESPONSE TO CCJ LATEST STATEMENT


https://www.theborneopost.com/2019/09/29/ph-did-not-promise-oil-royalty-increase-unconditionally-chong/

“Trying to escape from the hauntings of your own failed promises,Mr Chong? No way possible ..Anyway , Nice try “!

CCJ  is just mincing his own words in his effort trying to escape from his own “fat bluff”. Just watch some of  the videos readily available in the public domain where he clearly “promised” all those things like 20% royalty, 50% income tax collected in Sarawak etc etc . Was it not him in those videos? Was it not him who put it all through the press , media etc and even in his DUN speeches before the GE14, all those unfulfilled promises or pledges? Now that the PH is in power , what has he done? What has PH done to all these promises? Nothing. The hauntings seem to be forever !

...And, all these promises were made UNCONDITIONALLY....as proved by one of the videos, contrary to his latest statement .

Dato Idris Buang
N16 Muara Tuang
29/09/2019

20% ROYALTI TIDAK DILAKSANA, YANG BERJANJI PH, YANG SALAH GPS??


TATKALA isu royalti minyak 20% tidak boleh diberikan kepada Sabah dan Sarawak oleh PM Malaysia semalam sepertimana janji manifesto pada PRU ke-14 lalu, tidak semena-mena maka muncullah “hero ulun Malaya” yang bernama Chong “ketuyak beng beng” datang dengan kenyataan media yang mengatakan kegagalan 20% royalti minyak itu adalah SALAH GPS.

Pautan berita seperti berikut:


Memang tidak pernah terlintas di fikiran betapa seorang “hero” yang selama ini diwar-warkan “bakal” menjadi CM Sarawak andaikata PH berkuasa di Sarawak boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.  Sungguh pelik, yang menulis manifesto dan berjanji bulan bintang itu adakah GPS? Bukankah ianya tertera di dalam manifesto PH dan bukannya manifesto Barisan Nasional pada PRU ke-14 yang lepas.

Mungkin Chong sudah lupa tentang video janji dahulu.  Sila lihat betul-betul video ini. Siapakah individu yang berjanji tersebut..Chong atau Abang Jo??

https://www.facebook.com/RedParrot1840/videos/349395939232725/

Menurut Si Chong konon-konon dek kerana GPS pada masa itu tidak mahu menerima “tawaran” daripada Pakatan Harapan maka isu royalti bersyarat itu tidak dapat diteruskan.  Jika difikirkan langkah KM Abang Jo menolak tawaran pada masa itu sememangnya betul kerana umum mengetahui bahawa Sarawak merupakan komponen BN pada masa itu dan mana mungkin Sarawak boleh menerima “tawaran” daripada parti yang akan menentang mereka ketika PRU.  Dan adakah mana-mana kerajaan yang diiktiraf rakyat boleh menerima tawaran daripada parti politik yang belum lagi diistiharkan sebuah kerajaan? Paloi kata orang Sarawak.  

Sikap si Chong yang bermain taichi hanya untuk menunjukkan bahawa PH Sarawak telah gagal sememangnya sesuatu yang diduga.  Kita almaklum bagaimana janji manifesto bukan kitab suci itu dengan mudah dilupakan begitu sahaja dengan memberikan alasan “blaming game”. Projek infrastruktur di Sarawak dibatalkan tetapi berbilion-bilion disalurkan ke Kedah untuk membina lapangan terbang baru sedangkan lapangan terbang yang sedia ada dekat sahaja.  Negara nak bangkrap kata mereka tetapi boleh pula projek-projek di lain-lain negeri diteruskan.    

Hapuskan tol kata mereka alih-alih jurutol yang ramai dibuang kerja.  Tol masih tegak berdiri lagi di Malaya.  Pendidikan percuma kata mereka alih-alih yuran-yuran pengajian di universiti awam meningkat.  Harga minyak turun ke RM1.50 kata mereka alih-alih skim apungan cara BN yang masih digunapakai.  GST dihapuskan kata mereka alih-alih ada tujuk ke lapan lagi cukai baru yang diterbitkan.  Tiada GST harga barang murah, RM50 penuh satu troli alih-alih sampai ke hari ini harga telur ayam turun 2 sen yang berjaya mereka lakukan.  Jika disenaraikan kegagalan itu memang penat nak menulis.  

Wahai Chong sudah-sudahlah bersandiwara dengan permainan taichi itu.  Sepanjang menjadi Timbalan Menteri peringkat persekutuan apa yang kamu bawakan untuk faedah rakyat Sarawak sepanjang dua tahun ini? Ya mungkin kamu boleh berbangga dengan satu projek tandas awam di Taman Hui Sing sebagai rekod terbaik yang kamu dan angkatan kamu pernah buat semenjak PH memerintah peringkat pusat.  NADAI BAH!!!

Jangan ingat rakyat Sarawak sebegitu paloi wahai Chong MELAINKAN mahacai PH yang akan mengiyakan apa sahaja yang kamu katakan kerana sekarang ni nak jadi mahacai senang sahaja.. JANJI BODOH!  Rakyat Sarawak sik butak, sik bengal dan sik bisuk wahai Chong!

When you point one finger, there are three fingers pointing back to you! Nemu dik!  

#IamSarwakian
#SarawakFirst

KITA JUMPA DI MAHKAMAH! -KM ABANG JO-


BUKAN hanya cakap-cakap mulut tetapi sudah sahih Kerajaan Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak akan mempertahankan hak Sarawak di dalam isu minyak dan gasnya mengikut apa yang dinyatakan di dalam Perjanjian Malaysia.  

Menurut Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari tiada kompromi di dalam isu ini kerana ianya adalah hak rakyat Sarawak seperti yang tertera di dalam undang-undang. Tiada pilihan lain sekiranya ia diperkotak-katikkan dan kepada Mahkamahlah ianya akan dibawa bagi memperjelaskan isu ini memandangkan pihak yang satu lagi seperti sengaja bermain api.  Malaysia mempunyai undang-undang yang bertamadun dan bukannya undang-undang rimba!  

Pautan berita penuh seperti berikut:


Untuk rekod, sebelum penguatkuasaan Ordinan Minyak dan Gas 1958, pihak Petronas pernah membawa Sarawak ke Mahkamah dan pada waktu itu keputusan memihak kepada Sarawak.  Sarawak yang diwakili oleh penasihat undang-undang Sarawak dan barisan peguam Sarawak yang bersatu hati telah membuktikan bahawa Sarawak adalah pemilik sebenar segala hasil maksumnya biarpun Petronas cuba menidakkannya.

Tatkala berkata mengenai Ordinan maka ianya adalah juga satu undang-undang yang wajib dipatuhi.  Jika syarikat gergasi lain seperti SHELL, MURPHY akur dan mematuhi undang-undang MENGAPA DAN KENAPA PETRONAS DIBERIKAN PENGECUALIAN! TIDAK SAMA SEKALI! HAK TETAP HAK!

Gendang perang sudah dipalu, juak-juak sudah dikerah. Hanya menunggu masa untuk bertingkah! Agi Idup Agi Ngelaban Sarawak ibu pertiwi.

Encang Sarawak Encang.

#iamsarawakian
#sarawakfirst

Saturday, 28 September 2019

BAYAR ATAU JUMPA DI MAHKAMAH! SARAWAK SUDAH BERSEDIA!


DIAM tak diam hanya tinggal satu bulan sahaja lagi tempoh akhir yang diberikan kepada Petronas untuk membayar cukai jualan 5% produk petroleum dan gas di Sarawak.  Difahamkan jumlah yang perlu dibayar oleh Petronas adalah sebanyak RM3 bilion yang mana sehingga ke saat ini masih belum ada khabar berita daripada mereka.  

Mengulas isu itu, Datuk Abdul Karim Hamzah yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak merangkap ADUN Asajaya dan merupakan seorang pengamal undang-undang di Sarawak menyatakan bahawa Petronas tidak mempunyai alasan untuk tidak membayar.  Menurut beliau andaikata Petronas cuba berdolak-dalih lagi dengan memberikan pelbagai alasan maka Sarawak tiada pilihan MELAINKAN mengheret mereka ke mahkamah.  

Datuk Abdul Karim turut menyatakan bahawa Kerajaan Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak sudahpun membuat segala persediaan ke arah itu. TIADA KOMPROMI!

Pautan berita penuh:


Hakikatnya sudah berapa lama Petronas dibiarkan “mengangkut” segala penghasilan Sarawak dan berapa banyak keuntungan yang telah mereka kecapi selama ini bagi “memboncetkan” Malaya.  Tatkala yang pemilik sebenar mahukan bahagian mereka maka bayarlah.  Itu baharu RM3 bilion jangan sampai kami tuntut sejak di tahun 1974 lagi.  Jumlahnya bertriliun!

Buatlah apa yang terbaik Kerajaan Sarawak kerana itu adalah HAK RAKYAT SARAWAK!

Encang Sarawak Encang!

#SarawakFirst 

JANJI 20% ROYALTI MINYAK SABAH SARAWAK TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN


Rakyat Sarawak dan Sabah KENA KENCING LAGI!!!!!

MAKA sudah disahihkan apa yang dijanjikan seperti di dalam Manifesto Pakatan Harapan pada PRU yang lepas hanya satu mimpi sahaja kerana Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Mahathir sudahpun mengesahkannya bahawa 20% royalti minyak itu tidak boleh dilaksanakan langsung.  Hal ini dinyatakan oleh beliau di New York semalam.  

Pautan berita penuh adalah seperti berikut:


Dalam pada itu, kita masih tertunggu-tunggu ke manakah menghilangnya seorang individu yang bernama YB Chong Chieng Jen tatkala kita semua menerima perkhabaran ini.  Ini kerana YB Chong sebelum ini begitu gah berkata sewaktu di dalam DUN Sarawak bahawa andaikata PH memerintah persekutuan, kerajaan yang memerintah Sarawak tidak perlu melompat parti menjadi katak kerana PH akan memberikan royalti seperti yang dimahukan.  

Bukti janji YB Chong Chieng Jen adalah seperti berikut:

https://www.facebook.com/RedParrot1840/videos/349395939232725/

Nampak gayanya segala yang dijanjikan hanya omongan kosong sahaja biarpun sudah hampir dua tahun memerintah tiada yang benar-benar pasti.  Sementara itu dek kerana mengingini Sarawak yang “kaya-raya”, PH sekarang semakin galak menabur janji “bulan bintang” buat penduduk Sarawak.  Benarkah akan ada “perubahan” atau ianya nanti akan menjadi sandiwara sahaja.  Ingatlah awal-awal lagi Kerajaan PH sudah menunjukkan “kegagalan” dan mahukah rakyat Sarawak masih lagi bersandar pada satu dahan yang rapuh!

Jangan kita seperti ada mulut, bisu; ada mata, buta; dan ada telinga; pekak.  Fikir-fikirkan!

#SarawakFirst

Friday, 27 September 2019

SEEKOR LAGI BERUANG MADU DISELAMATKAN DI SARAWAK


BEBERAPA hari yang lepas tular akan hal seekor beruang madu yang dijadikan haiwan peliharaan yang mana menyaksikan hasil intipan dan maklumat daripada orangramai membawa kepada beruang madu tersebut diselamatkan oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak.  Difahamkan beruang madu tersebut dipelihara dengan mempunyai lesen sejak tujuh tahun yang lalu namun ianya telah melanggar tatacara kurungan yang dibenarkan.  

Hari ini, episod beruang madu sekali lagi mendominasi cerita apabila pihak SFC telah menyelamatkan seekor lagi haiwan tersebut yang telah dipelihara lebih 20 tahun oleh seorang individu di Kampung Rasau, Serian dan ianya adalah hasil maklumat daripada orangramai juga.

Pautan berita penuh seperti berikut:

http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1772545

Hal seperti ini usah kita pandang remeh kerana kita mengetahui bahawa beruang madu adalah spesis haiwan yang terancam sekarang dan ianya dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Sarawak 1998.  Di dalam undang-undang telah menyatakan bahawa membunuh, menyimpan, menjual, membeli binatang itu atau hasil darioada haiwan yang dilarang jika sabit kesalahan boleh dipenjara satu tahun dan denda RM10K.  Malah andaikata berlesen sekalipun, kebajikan binatang itu harus dijaga kerana mempunyai terma-terma yang ketat.  

Masyarakat di luar sana harus terus diwar-warkan akan bahana sekiranya kita membiarkan hal seperti ini terus terjadi.  Jangan suatu hari nanti anak-anak kita hanya mampu melihat daripada gambar-gambar sahaja kerana beruang madu yang kita ada sudahpun pupus.   

“POLIS PALSU” DIBERKAS POLIS



BERTINDAK daripada maklumat yang diperolehi, sekumpulan anggota polis daripada IPD Padawan telah berjaya memberkas seorang “polis palsu” kira-kira jam 11.30 malam tanggal 27 September 2019.  Menurut kenyataan daripada IPD Padawan,  “polis palsu” yang berusia 47 tahun dan warga tempatan tersebut terlibat di dalam satu kes yang melibatkan kecurian dan penipuan ke atas seorang peniaga gerai makanan di Matang pada 25 September 2019.

Sewaktu “polis palsu” itu diberkas oleh polis, turut sama dirampas adalah sehelai kemeja T yang mempunyai logo polis, sebuah “pocket book” polis, beg yang dicuri, kenderaan dan pakaian yang digunakan semasa melakukan jenayah itu.  

Syabas PDRM.

AUTONOMI SARAWAK DITANGAN GABUNGAN PARTI SARAWAK


“KITA tidak akan menyertai Pakatan Harapan. Kita akan membentuk blok kita sendiri yang akan terus memfokuskan kepentingan dan hak-hak Sarawak seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia.  Kita akan terus menjadi Pembangkang di dalam Parlimen.” - KM Abang Johari-

Itu adalah antara intipati ucapan Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari ketika mempengerusikan mesyuarat empat parti yang membentuk Gabungan Parti Sarawak pada 12 Jun yang lalu. Dan cukup jelas sehingga ke hari ini itulah yang diperjuangkan oleh GPS sehingga ianya menjadi kegentaran kepada Pakatan Harapan itu sendiri.  

Dengan janji-janji yang gagal ditunaikan walau sudah hampir dua tahun memegang pucuk pimpinan peringkat Persekutuan seperti pemberian 20% royalti minyak dan gas, 50% bayaran cukai, autonomi pendidikan, projek-projek infrastruktur yang dibatalkan konon-konon atas kengkangan belanjawan dan sebagainya menjadikan Pakatan Harapan cuba menutup kegagalan mereka dengan menjanjikan sesuatu yang baharu kepada Sarawak.  

Untuk itu andainya GPS dibiarkan terus berkuasa maka Kerajaan PH akan dilihat terus lemah.  Dek kerana itulah “menawan” Sarawak untuk PRN yang akan datang harus dilakukan dengan apa cara sekalipun.  Segala gerakan untuk autonomi harus dihentikan dan biarlah parti-parti dari Malaya yang akan menentukan halatuju Sarawak.  

Tun Mahathir berkata tentang “Perkongsian Kekayaan” kerana Sarawak dan Sabah adalah negeri yang kaya raya di Malaysia.  Mungkin Tun M sudah lupa bahawa Sarawak mahupun Sabah sudah berkongsi kekayaan mereka sejak di tahun 1963 lagi.  95% kekayaan Sarawak diambil MASIH TIDAK CUKUP dan sekarang mereka menuntut 100% andainya Sarawak berjaya ditawan kelak.  


Pautan berita penuh:


Mahukah kita sebagai rakyat Sarawak membenarkan ia berlaku semula sedangkan kita sendiri menyaksikan sekarang GPS BENAR-BENAR TELAH BERUSAHA dan MELAKSANAKAN APA YANG DIKATA sedangkan Pakatan Harapan di Sarawak masih lagi ligat berpolitik 24/7. 

KEMATIAN ADIB DISEBABKAN PERBUATAN JENAYAH!


APA yang berlaku ke atas seorang anggota Bomba sewaktu menjalankan tugas beberapa bulan yang lepas sehingga nyawanya sendiri tergadai sesungguhnya amat menggemparkan kita semua.  Dan tatkala ianya dibawa ke muka pengadilan lain pula jadinya sehingga kita sendiri tertanya-tanya apakah ada pembelaan untuk seorang yang bernama Muhammad Adib ini.  

Satu inkues telah dijalankan bagi mencari titik kebenaran dan pada hari ini Koroner Rofiah Mohamad ketika membacakan keputusan itu berkata, keterangan saksi ke-29, Perunding Kanan Patologi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, bahawa mangsa dihentak dan diseret keluar dari van bomba pada masa kejadian, boleh diterima serta ada asas, selain ia disokong saksi ke-30 yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Amir Radzi Ab Ghani.

Beliau berkata, pihaknya turut menolak teori dikeluarkan saksi ke-24, Pakar Forensik Patologi di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi, yang menyatakan Muhammad Adib keluar sendiri dari van Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dilanggar.

Pautan berita penuh:


Tuesday, 24 September 2019

RATU SKUASH MALAYSIA DIANUGERAHKAN IJAZAH DOKTOR KEHORMAT USM


SIAPA yang boleh mempertikaikan anugerah yang diberikan kepada seorang individu yang bernama Datuk Nicole Ann David. Ini kerana beliaulah anak Malaysia yang mengorbankan zaman remajanya semata-mata untuk memartabat dan menjulang nama Malaysia khususnya di dalam sukan Skuash di peringkat dunia. Lapan kali bergelar juara dunia adalah satu pencapaian amat luarbiasa.
Pada ketika ini, Datuk Nicole sudahpun mengumumkan persaraan beliau dari kancah pertandingan skuash peringkat dunia dan Malaysia masih lagi mencari siapakah individu seterusnya yang akan berjaya menandingi kehebatan anak Pulau Pinang ini.
Kembali ke tanahair setelah puas membawa diri menuntut ilmu terbaik di dalam pertandingan skuash merupakan satu episod yang manis apabila jasanya selama ini diiktiraf oleh Malaysia. Semalam menyaksikan Datuk Nicole menerima penganugerah khas di dalam Ijazah Doktor Kehormat di majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Satu pengiktirafan yang sememangnya layak untuk beliau.
Tahniah Datuk (Dr) Nicole Ann David.
Pautan berita penuh:

Sunday, 22 September 2019

UGGAH RESPONSES TO YB BARU BIAN, YB CHONG CJ AND ALI BIJU OVER MPKK


“I wish to make the following clearification on response to the statements made by YB Baru Bian, YB Chong CJ and YB Ali Biju on the Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

When the federal government decided to change the name of the Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) to MPKK, the Sarawak government presented to it that the name of the JKKK be maintained in the state.

The federal government agreed to give its consent and thus it would not change the JKKK to the MPKK. It also agreed not to introduced or form the MPKK in the state. So in Sarawak the JKKK is retained.

The federal government too concurred with our view that another body would only serve to confuse and divide the people.

At the same time too, the federal government decided to reduce the allowance of the JKKK to RM500.00.

It has been remitting the allowance payment  to the state government without fail.

In Sarawak the federal government recognises that the chairman of the respective JKKK be from the Ketua Kaum...namely the Tuai Rumah, Ketua Kampung and the Kapitan.

Subsequently, the Sarawak government decided to top up with another RM400.00 to the allowance as formerly the Ketua Kaum had been receiving RM900.00 per person per month.

I wish to put it on record here that the Sarawak government has yet to be informed formally of any proposal to change the JKKK to MPKK except for the media statements by the three Yang Berhormat.

Currently, the JKKK has shown itself to be an efficient grassroot machinery in the state, especially in acting as the bridge between the people and the government.

So in essence there is no need to have an alternative body to be set up alongside the JKKK.

This is only lead to confusion and will definitely divide the people.”

DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS
DEPUTY CHIEF MINISTER, SARAWAK.

Thursday, 19 September 2019

DAHULU RM29 JUTA, PEMBANGKANG (PH) HALANG! SEKARANG BELI RM35 JUTA..BOLEH!


BEBERAPA hari yang lepas, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli yakni YB Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam mengenai Kerajaan Persekutuan akan menghantar pesawat “hyperspectral” bernilai RM35 juta bagi membantu Sarawak di dalam mencatat data-data mengenai perhutanan di Sarawak pada penghujung tahun ini.  Beliau mengwar-warkan berita tersebut ketika mengunjungi Ketua Menteri Sarawak.

Pautan berita penuh:


Jika diikutkan hal ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana hakikatnya betapa pentingnya pesawat hyperspectral ini telahpun dimuktamarkan ketika pemerintahan yang lama.  Pada tahun 2018 ianya dimuktamatkan pada harga RM29 juta sahaja dan jauh lebih rendah daripada harga yang telah ditetapkan iaitu RM35 juta.  Begitulah yang telah diberitahu oleh mantan Menteri sebelumnya iaitu Datuk Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar.  

Menurut beliau pada ketika itu dek kerana “kebodohan” beberapa wakil rakyat PH yang membuat laporan polis konon-konon berlaku penyelewengan pada pembelian pesawat tersebut menyebabkan ianya tergendala sehingga menyebabkan Kerajaan Sarawak terpaksa menanggung kerugian sebanyak hampir RM180 juta setahun kerana kurangnya pemantauan terhadap hasil hutan dan pembalakan di Sarawak.  Dan hakikatnya apa yang didakwa oleh wakil-wakil pembangkang PH pada masa itu adalah fitnah sama sekali kerana mereka akhirnya akur bahawa pembelian pesawat itu adalah betul.   

Pautan berita penuh:


Cuma mungkin, kita sebagai rakyat agak ralat dengan angka yang dinyatakan kerana nampak gayanya puak PH akan mengiyakan sahaja bila puak mereka yang membuat pembelian biarpun ada perbezaan harga yang ketara.  RM28 juta ITU MAHAL kata PH tapi RM35 juta ITU BERPATUTAN asal sahaja PH yang mengaturnya! :D

PENUMPANG KE KUALA LUMPUR DAKWA ADA BOM DALAM BAGASI DI LAPANGAN TERBANG MIRI


BODOH itulah sahaja ayat yang paling sesuai untuk mana-mana individu yang mungkin menginginkan perhatian tetapi langsung tidak pernah memikirkan risiko akan perbuatannya. Begitulah yang terjadi kepada seorang penumpang yang menurut jadualnya akan berlepas dengan satu penerbangan menuju destinasi Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Miri kira-kira jam 8.10 pagi hari ini.  

Kerana kebodohan itulah juga pihak berkuasa telah menangkap beliau apabila beliau mendakwa bahawa terdapat bom atau bahan letupan di dalam bagasinya.  Setelah dilakukan pemeriksaan yang teliti segala dakwaan beliau disahkan palsu.

Pautan berita penuh:

OPERASI PEMBENIHAN AWAN BERMULA ESOK 20/9/2019



OPERASI pembenihan awan menggunakan pesawat Hercules C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan dijalankan di beberapa kawasan tumpuan di Sarawak esok, 20 September 2019.  Kawasan tumpuan untuk operasi ini adalah Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sarikei dan Kapit.

DUA PENERBANGAN AIR ASIA DAN MASWING DILENCONGKAN KE MIRI


HARI ini cerita jerebu terus menjadi tajuk utama rakyat apabila dua penerbangan yang membabitkan pesawat Air Asia dari Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu serta satu penerbangan MasWing dari Bintulu yang sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Sibu terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Miri dek kerana jarak penglihatan akibat jerebu tidak membenarkan pesawat itu mendarat.
Setakat ini difahamkan banyak perubahan jadual penerbangan yang lain. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa banyak kawasan di Sarawak masih lagi IPUnya berada melebihi 200.
Pautan berita penuh:


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/498306/jerebu-tiga-pesawat-ke-sibu-dilencongkan

Tuesday, 17 September 2019

SUSULAN DARI KENYATAAN YB BARU BIAN SEMALAM YANG HANYA PH BOLEH SELESAIKAN MASALAH TANAH NCR


ASAL USUL MASALAH TANAH KITA YANG BERSTATUS NCR BENARKAH ADA MASALAH?

Berkurun lamanya kita diami & duduki tanah pusaka kita, dan di iktiraf pula sebagai tanah kepunyaan dan milik kita oleh undang undang di bawah Sarawak Land Code,hak-hak kita untuk duduki tanah demikian (NCR) adalah terjamin.
 Tidak pernah ada masalah seperti ini dulu! KENAPA ADA MASALAH?
Masalah berlaku akibat rakyat yang duduk di pendalaman terutama sekali kaum kaum kita dayak berpendapat bahawa tanah yang kosong dan tidak di terokai adalah tanah mereka oleh kerana faktor semulajadi (kehidupan di kampung). 
Mereka anggap tanah tanah sebegini secara otomatik adalah kepunyaan mereka, walaupun ianya dikenalpasti adalah berstatus “state land”. (penerokaan before 1958) KENAPA MASALAH TIMBUL?
Masalah timbul kerana adanya rakyat yang RAKUS dan tidak BERTIMBANG RASA.
Sudah tahu mereka tidak punyai tanah hasil peninggalan orang tua mereka, (yang berkerja di bandar sudah lama sudah tentu mereka “tidak” punyai tanah di kampung) jadi mereka setelah pencen akan masuk secara senyap 2x untuk meneroka tanah kosong dan sekali gus cuba memiliki tanah “kerajaan” yang mereka memang tahu sebesar-besar yang mereka mahu, akhirnya terjadi lah perbalahan diantara pihak kerajaan dan mereka yang “mencuri” masuk ke tanah yang sepatutnya bukan di punyai oleh mereka. PERGADUHAN DI ANTARA ANAKBIAK RUMAH PANJANG PUNCA TANAH RIZAB KERAJAAN SELALU DI CEROBOHI
Ini adalah perkara yang sangat sangat benar, dan tidak boleh dinafikan selalunya pergaduhan diantara mereka sendiri di suatu rumah panjang berkesudahan dengan satu pihak akan meninggalkan rumah panjang dan pergi jauh sedikit ke dalam hutan di mana sudah tentu tanah di hutan tersebut adalah berstatus state-land, walaupun ianya state land, berpindahnya kelompok tadi, maka tanah rizab tersebut di gunakan untuk penempatan dan ini akan menimbulkan banyak masalah tanpa di sedari oleh yang baru datang/berpindah. KENAPA DAYAK KITA INI SELALU PERSALAHKAN KERAJAAN
Bagi pendapat saya, dalan kontek Sarawak, NGO-NGO Dayak sengaja di peralatkan oleh parti-parti yang ingin merebut kuasa untuk memerintah negeri ini.


Memang jelas sekali parti PKR, DAP dengan anggota-anggota Dayak di dalam parti tersebut diperalatkan untuk menyerang GPS dengan sengaja mengembar-gemburkan isu-isu tanah dengan membesar-besarkan masalah yang kecil serta non existence.

Biasanya mereka akan merujuk kes-kes tanah yang sudah di dalam makhamah dan menaikkan semangat anti kerajaan sebagai senjata untuk mereka bawa berkempen samada melalui sosial media atau pun di kedai-kedai kopi. KERAJAAN TIDAK PERNAH JUAL TANAH KEPADA SYARIKAT SAWIT, ETC
PL (Provisional Lease) yang dibahagi kepada syarikat sawit di Sarawak adalah berstatus “sewaan” iaitu LEASEHOLD selama 60 tahun. Leasehold tersebut akan luput dan tanah tersebut akan kembali ke kerajaan Sarawak juga.
PL ini tidak semudah itu untuk dikeluarkan dan ianya menepati syarat-syarat ketat, tetapi kadang kadang PL yang di bagi kepada sesuatu syarikat akan bertindih dengan tanah-tanah yang di duduki oleh penduduk yang tadi nya berpindah-randah dan di sana lah ia akan mengalami kekusutan dan timbul lah isu-isu yang menyatakan KERAJAAN GPS RAMPAS TANAH dan sebagainya yang pada asalnya tadi adalah bukan di rampas seperti yang selalu dimain-mainkan oleh NGO-NGO Dayak yang bergiat aktif dengan PKR dan DAP yang akhirnya menimbulkan masalah kepada kerajaan negeri pimpinan GPS. “ARMCHAIR CRITIC”
Banyak pengkritik pengkritik tanah NCR kita adalah berpunca dari ARMCHAIR CRITICS yang tidak punyai apa apa kerja selain dari mengkritik, mereka berselindung di sebalik kerusi empuk mereka di pejabat-pejabat mewah mereka hasil dari kejayaan mereka di bawah pentabdiran BN dahulu, mereka yang tidak mengenang budi lah yang paling lantang mengkritik contohnya kritik GPS. PKR & DAP DI BAWAH PH BUKAN JALAN PENYELESAIAN KEPADA ISU NCR
Sebenarnya kedua dua parti tersebut bukan lah jalan penyelesaian kepada isu NCR, sebabnya, banyak tanda-tanda yang sudah ketara dan nampak bahawa parti tersebut di bawah Pakatan Harapan sudah banyak membuat U-TURN, banyak janji janji kepada rakyat Sarawak tidak tertunai dan mereka rela berbohong demi untuk mengambil kuasa, percakapan di depan khalayak ramai sering berubah-ubah justeru itu adalah sangat mustahil mereka ini lah yang boleh membantu, sedang mereka sendiri pun perlu bantuan. PENYELESAIAN
Masyarakat Dayak yang sokong PKR atau DAP adalah umpama “melepaskan anjing yang tersepit” dan sebarang penyelesaian isu tanah NCR bukanya terletak kepada kedua-dua parti tersebut.
Masyarakat Dayak baik Melayu (Melayu juga ada NCR) akan kerugian besar jika PH di beri mandat untuk menerintah kerana dengan sekelip mata status tanah-tanah kita akan ditukar kepada status boleh diniaga di “open market” yang akhirnya orang-orang kaya dari seberang akan membeli tanah kita dengan senang nya, penghujungnya kita akan jadi pengemis di negeri sendiri dan AKHIRNYA PADA KETIKA ITU KITA SALAHKAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN PULA dan ianya sudah terlambat.

JADI WAHAI ANAK-ANAK MUDA & TUA DAYAK, JANGAN LAH PERCAYA BULAT-BULAT KERAJAAN SETAHUN JAGUNG PAKATAN HARAPAN INI, BERJANJI ITU ADALAH KEMESTIAN DARI MEREKA TETAPI TERTUNAI ITU BUKAN KEMESTIAN. JS - Freelance political activist and commentator.