Tuesday 24 September 2019

RATU SKUASH MALAYSIA DIANUGERAHKAN IJAZAH DOKTOR KEHORMAT USM


SIAPA yang boleh mempertikaikan anugerah yang diberikan kepada seorang individu yang bernama Datuk Nicole Ann David. Ini kerana beliaulah anak Malaysia yang mengorbankan zaman remajanya semata-mata untuk memartabat dan menjulang nama Malaysia khususnya di dalam sukan Skuash di peringkat dunia. Lapan kali bergelar juara dunia adalah satu pencapaian amat luarbiasa.
Pada ketika ini, Datuk Nicole sudahpun mengumumkan persaraan beliau dari kancah pertandingan skuash peringkat dunia dan Malaysia masih lagi mencari siapakah individu seterusnya yang akan berjaya menandingi kehebatan anak Pulau Pinang ini.
Kembali ke tanahair setelah puas membawa diri menuntut ilmu terbaik di dalam pertandingan skuash merupakan satu episod yang manis apabila jasanya selama ini diiktiraf oleh Malaysia. Semalam menyaksikan Datuk Nicole menerima penganugerah khas di dalam Ijazah Doktor Kehormat di majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Satu pengiktirafan yang sememangnya layak untuk beliau.
Tahniah Datuk (Dr) Nicole Ann David.
Pautan berita penuh:

No comments:

Post a Comment