Friday 27 September 2019

SEEKOR LAGI BERUANG MADU DISELAMATKAN DI SARAWAK


BEBERAPA hari yang lepas tular akan hal seekor beruang madu yang dijadikan haiwan peliharaan yang mana menyaksikan hasil intipan dan maklumat daripada orangramai membawa kepada beruang madu tersebut diselamatkan oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak.  Difahamkan beruang madu tersebut dipelihara dengan mempunyai lesen sejak tujuh tahun yang lalu namun ianya telah melanggar tatacara kurungan yang dibenarkan.  

Hari ini, episod beruang madu sekali lagi mendominasi cerita apabila pihak SFC telah menyelamatkan seekor lagi haiwan tersebut yang telah dipelihara lebih 20 tahun oleh seorang individu di Kampung Rasau, Serian dan ianya adalah hasil maklumat daripada orangramai juga.

Pautan berita penuh seperti berikut:

http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1772545

Hal seperti ini usah kita pandang remeh kerana kita mengetahui bahawa beruang madu adalah spesis haiwan yang terancam sekarang dan ianya dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Sarawak 1998.  Di dalam undang-undang telah menyatakan bahawa membunuh, menyimpan, menjual, membeli binatang itu atau hasil darioada haiwan yang dilarang jika sabit kesalahan boleh dipenjara satu tahun dan denda RM10K.  Malah andaikata berlesen sekalipun, kebajikan binatang itu harus dijaga kerana mempunyai terma-terma yang ketat.  

Masyarakat di luar sana harus terus diwar-warkan akan bahana sekiranya kita membiarkan hal seperti ini terus terjadi.  Jangan suatu hari nanti anak-anak kita hanya mampu melihat daripada gambar-gambar sahaja kerana beruang madu yang kita ada sudahpun pupus.   

No comments:

Post a Comment