Friday 6 September 2019

PELAJAR UPSR DI SARAWAK DAPAT TOPENG MUKA


DENGAN keadaan berjerebu sekarang segala tindakan segera harus dijanakan bagi memastikan mereka yang terlibat mendapat perhatian.  Umum mengetahui bahawa sekiranya Indeks Pencemaran Udara mencecah lebih dari 201 maka sekolah-sekolah akan ditutup serta-merta. Dalam pada itu untuk anak-anak kita yang sedang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah, mereka akan tetap meneruskan sessi peperiksaan mereka.  

Untuk itu Sekretarian Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak sudahpun mengwar-warkan bahawa setiap pelajar UPSR yang mana kawasan mereka terjejas akan diberikan topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga.  Ianya akan diedarkan secara berperingkat-peringkat.

Pautan berita penuh seperti berikut:


Untuk rekod suasana berjerebu di banyak kawasan di Sarawak rata-ratanya sudah menghampiri IPU tidak sihat malah Kuching pada hari ini turut telah melebihi bacaan 201 IPU.

No comments:

Post a Comment