Friday 6 September 2019

LANTIK PERUNDING BEBAS UNTUK KAJI TIANG JAMBATAN SATOK YANG CONDONG


BEBERAPA hari yang lepas viral di dalam sosial media akan keadaan terkini tiang utama Jambatan Gantung Satok yang masih lagi di dalam pembinaan.  Dan menurut kenyataan daripada JKR Sarawak ianya menjadi sedemikian rupa kerana adanya kerja-kerja “load test” sedang dilaksanakan.  

Semalam menyaksikan rombongan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan telah turun padang ke tapak pembinaan bagi melihat sendiri apa yang berlaku.  Dan serentak dengan itu, Menterinya iaitu Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing menyatakan bahawa pihak JKR Sarawak akan melantik satu perunding bebas yang akan membantu mengkaji dan seterusnya untuk menyelesaikan apakah kaedah yang terbaik untuk memastikan tiang itu tidak terus condong dan membahayakan buat kegunaan awam kelak.  

Pautan berita penuh:


Ini adalah satu langkah yang proaktif daripada Kerajaan Sarawak dan JKR Sarawak di dalam memastikan setiap projek itu berjalan lancar seperti yang rakyat mahukan.  Sekaligus menidakkan tuduhan daripada YB Violet Yong yang secara sinis mendakwa bahawa adanya penyelewengan berlaku sedangkan kita almaklum bahawa sebarang kerja-kerja pembinaan sememangnya mempunyai risiko-risiko tertentu yang boleh berlaku diluar jangkaan.

Yang pasti projek pembinaan Kerajaan Sarawak tidaklah “berdrama” sepertimana janji manifesto PH yang sampai sekarang masih lagi masuk angin keluar asap. 

No comments:

Post a Comment