Sunday, 29 September 2019

20% ROYALTI TIDAK DILAKSANA, YANG BERJANJI PH, YANG SALAH GPS??


TATKALA isu royalti minyak 20% tidak boleh diberikan kepada Sabah dan Sarawak oleh PM Malaysia semalam sepertimana janji manifesto pada PRU ke-14 lalu, tidak semena-mena maka muncullah “hero ulun Malaya” yang bernama Chong “ketuyak beng beng” datang dengan kenyataan media yang mengatakan kegagalan 20% royalti minyak itu adalah SALAH GPS.

Pautan berita seperti berikut:


Memang tidak pernah terlintas di fikiran betapa seorang “hero” yang selama ini diwar-warkan “bakal” menjadi CM Sarawak andaikata PH berkuasa di Sarawak boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.  Sungguh pelik, yang menulis manifesto dan berjanji bulan bintang itu adakah GPS? Bukankah ianya tertera di dalam manifesto PH dan bukannya manifesto Barisan Nasional pada PRU ke-14 yang lepas.

Mungkin Chong sudah lupa tentang video janji dahulu.  Sila lihat betul-betul video ini. Siapakah individu yang berjanji tersebut..Chong atau Abang Jo??

https://www.facebook.com/RedParrot1840/videos/349395939232725/

Menurut Si Chong konon-konon dek kerana GPS pada masa itu tidak mahu menerima “tawaran” daripada Pakatan Harapan maka isu royalti bersyarat itu tidak dapat diteruskan.  Jika difikirkan langkah KM Abang Jo menolak tawaran pada masa itu sememangnya betul kerana umum mengetahui bahawa Sarawak merupakan komponen BN pada masa itu dan mana mungkin Sarawak boleh menerima “tawaran” daripada parti yang akan menentang mereka ketika PRU.  Dan adakah mana-mana kerajaan yang diiktiraf rakyat boleh menerima tawaran daripada parti politik yang belum lagi diistiharkan sebuah kerajaan? Paloi kata orang Sarawak.  

Sikap si Chong yang bermain taichi hanya untuk menunjukkan bahawa PH Sarawak telah gagal sememangnya sesuatu yang diduga.  Kita almaklum bagaimana janji manifesto bukan kitab suci itu dengan mudah dilupakan begitu sahaja dengan memberikan alasan “blaming game”. Projek infrastruktur di Sarawak dibatalkan tetapi berbilion-bilion disalurkan ke Kedah untuk membina lapangan terbang baru sedangkan lapangan terbang yang sedia ada dekat sahaja.  Negara nak bangkrap kata mereka tetapi boleh pula projek-projek di lain-lain negeri diteruskan.    

Hapuskan tol kata mereka alih-alih jurutol yang ramai dibuang kerja.  Tol masih tegak berdiri lagi di Malaya.  Pendidikan percuma kata mereka alih-alih yuran-yuran pengajian di universiti awam meningkat.  Harga minyak turun ke RM1.50 kata mereka alih-alih skim apungan cara BN yang masih digunapakai.  GST dihapuskan kata mereka alih-alih ada tujuk ke lapan lagi cukai baru yang diterbitkan.  Tiada GST harga barang murah, RM50 penuh satu troli alih-alih sampai ke hari ini harga telur ayam turun 2 sen yang berjaya mereka lakukan.  Jika disenaraikan kegagalan itu memang penat nak menulis.  

Wahai Chong sudah-sudahlah bersandiwara dengan permainan taichi itu.  Sepanjang menjadi Timbalan Menteri peringkat persekutuan apa yang kamu bawakan untuk faedah rakyat Sarawak sepanjang dua tahun ini? Ya mungkin kamu boleh berbangga dengan satu projek tandas awam di Taman Hui Sing sebagai rekod terbaik yang kamu dan angkatan kamu pernah buat semenjak PH memerintah peringkat pusat.  NADAI BAH!!!

Jangan ingat rakyat Sarawak sebegitu paloi wahai Chong MELAINKAN mahacai PH yang akan mengiyakan apa sahaja yang kamu katakan kerana sekarang ni nak jadi mahacai senang sahaja.. JANJI BODOH!  Rakyat Sarawak sik butak, sik bengal dan sik bisuk wahai Chong!

When you point one finger, there are three fingers pointing back to you! Nemu dik!  

#IamSarwakian
#SarawakFirst

No comments:

Post a Comment