INILAH yang kita maksudkan harapkan pegar tapi pegar makan padi. Semalam menyaksikan Malaysia dikejutkan dengan berita yang menimbulkan kemarahan rakyat apabila seorang penjawat awam berpangkat Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara di Pulau Pinang ditangkap bersama beberapa orang individu atas kesalahan menjual kad pengenalan dan sijil kelahiran kepada warga asing. Menurut kenyataan pihak polis adalah dipercayai sindiket ini menjual mykad kepada warga china dengan harga antara RM50k hingga RM150K bagi satu dokumentasi.
Hari ini, enam orang termasuk seorang Penolong Pengarah JPN Penang iaitu Mohd Faizul bin Arifin berusia 34 tahun telah dihadapkan ke mahkamah dan difahamkan beliau menghadapi 11 pertuduhan iaitu dua pertuduhan mengikut Seksyen 26 E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670), empat pertuduhan mengikut Seksyen 466 Kanun Keseksaan dan lima pertuduhan mengikut Peraturan 25(1)(i) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.
Pautan berita penuh:
Jika diikutkan seharusnya penyiasatan bukan sahaja meliputi warga Malaysia dan anggota sindiket yang terlibat malah pihak Kerajaan Malaysia turut harus memberkas kesemua pembeli mykad dan dokumentasi itu dan membawa mereka ke muka pengadilan. Yang menjual adalah pengkhianat negara dan begitu juga pembelinya sekali. Biar menjadi iktibar semua.
No comments:
Post a Comment