IANYA adalah satu projek yang amat diperlukan di dalam memastikan pembangunan infrastruktur jalan persisir akan berjaya membawa limpahan ekonomi untuk rakyat di kawasan pedalaman. Dan projek pembinaan jalanraya Nanga Ngungun-Song yang menjadi penghubung antara Sibu dan Kapit sudahpun bermula tahun lalu dan dijangka siap menjelang Ogos 2020.
Menurut Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing yakni Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, projek jalanraya ini akan berjaya memendekkan masa perjalanan dari Sibu ke Kapit lebih kurang 1 1/2 jam. Buat masa sekarang dek kerana ianya adalah di dalam proses pembinaan maka ianya ditutup untuk kenderaan awam dan sebagai alternatif ramai pengguna jalanraya menggunakan jalan balak yang sedia ada.
Melihat kepentingan penggunaan jalan balak itu sebagai nadi sementara menanti penyiapan jalanraya Nanga Ngungun-Song siap sepenuhnya maka pihak Kerajaan Sarawak turut mengambil inisiatif dengan membuat beberapa kerja-kerja penyelenggaran kecil agar jalan balak tersebut masih boleh digunakan oleh kenderaan awam.
Pautan berita penuh:
No comments:
Post a Comment