Friday, 27 September 2019

KEMATIAN ADIB DISEBABKAN PERBUATAN JENAYAH!


APA yang berlaku ke atas seorang anggota Bomba sewaktu menjalankan tugas beberapa bulan yang lepas sehingga nyawanya sendiri tergadai sesungguhnya amat menggemparkan kita semua.  Dan tatkala ianya dibawa ke muka pengadilan lain pula jadinya sehingga kita sendiri tertanya-tanya apakah ada pembelaan untuk seorang yang bernama Muhammad Adib ini.  

Satu inkues telah dijalankan bagi mencari titik kebenaran dan pada hari ini Koroner Rofiah Mohamad ketika membacakan keputusan itu berkata, keterangan saksi ke-29, Perunding Kanan Patologi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, bahawa mangsa dihentak dan diseret keluar dari van bomba pada masa kejadian, boleh diterima serta ada asas, selain ia disokong saksi ke-30 yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Amir Radzi Ab Ghani.

Beliau berkata, pihaknya turut menolak teori dikeluarkan saksi ke-24, Pakar Forensik Patologi di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi, yang menyatakan Muhammad Adib keluar sendiri dari van Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dilanggar.

Pautan berita penuh:


No comments:

Post a Comment