Saturday 7 September 2019

TIADA TEMPAT UNTUK EKSTREMIS AGAMA DI SARAWAK


SEBAGAI sebuah negeri yang mempunyai kepelbagaian kaum dan agama, Sarawak sentiasa mengambilberat akan keharmonian serta kebebasan beragama bagi rakyatnya telahan lagi di dalam perlembagaan Sarawak itu sendiri sudah dinyatakan tiada agama rasmi.  

Dan bagi memberikan keadilan kepada semua, semenjak di di tahun 2017 lagi telah ditubuhkan Unit For Other Religions atau UNIFOR yang dikhususkan bagi membantu mana-mana rumah ibadat selain daripada masjid dan surau untuk dibaiki dan didirikan. Dan penubuhan UNIFOR Sarawak itu mencatatkan sejarahnya tersendiri kerana ianya adalah satu-satunya pernah ada di Malaysia. Dan sejak ditubuhkan itu, Kerajaan Sarawak telah memberikan RM15 juta kepada 77 penerima pada tahun 2017 dan RM20 juta tahun lepas.  Manakala RM30 juta telah diperuntukkan untuk tahun 2019.  

Berbicara dari aspek itu, Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari didalam ucapannya sewaktu penyerahan dana UNIFOR semalam turut tegas menyatakan bahawa Kerajaan Sarawak dibawah GPS tidak akan berkompromi dengan mana-mana ekstremis agama yang cuba untuk mendatangi Sarawak.  Sebagai satu kerajaan yang menitikberatkan keharmonian agama dan kaum, Kerajaan Sarawak akan terus menggunakan hak autonomi imigresen dengan melarang kemasukkan mana-mana individu atau kumpulan seperti itu ke Sarawak.  

Pautan berita penuh:

https://www.theborneopost.com/2019/09/08/gps-to-keep-defending-sarawak-from-religious-extremists/

Nota: Gambar dua rumah ibadat di Lutong.Miri iaitu 
Masjid An Naim & The Church of Good Shepherd.

No comments:

Post a Comment