Friday, 6 September 2019

LUPAKAN KONVEKESYEN UNTUK JAGA IBU YANG JALANI PEMBEDAHAN


SAAT graduasi atau konvekesyen bagi seorang pelajar sememangnya ditunggu-tunggu telahan lagi sekiranya pencapaiannya adalah yang terbaik.  Namun untuk seorang anak Sarawak bernama Dayang Nur Maisarah binti Abang Abdul Razak, hari yang bersejarah itu tiada maknanya jika ibu yang melahirkan beliau pula sedang mengalami kesakitan dan memerlukan pembedahan segera.  Antara majlis konvekesyen dan jasa seorang ibu lantas beliau memilih untuk mendahulukan ibunya.  

Hal ini diceritakan oleh ibu Dayang Nur Maisarah seperti berikut:


Begitulah hendaknya jika seorang anak itu ingin membalas jasa orangtuanya lebih-lebih lagi ibu yang mengandungkan kita lebih sembilan bulan dan melahirkan kita dengan bergadang nyawa.  Jasa mereka terlalu besar bagi kita sebagai seorang anak.  Konvekesyen boleh dicari tetapi ibu hanya seorang sahaja di dunia ini.  

Semoga cerita Dayang Nur Maisarah ini boleh menjadi iktibar untuk kita semua betapa berharganya kasih sayang seorang anak kepada orangtuanya.  Mungkin ramai lagi yang pernah berkorban sebegini rupa.  Usah bersedih wahai anak Sarawak, sesungguhnya apa yang anda lakukan itu betul.  

Salam tahniah kami ucapkan atas pencapaian akademik yang cemerlang.  Sejuk perut ibu mengandung saudari.  Tahniah kepada keluarga Dayang Nur Maisarah binti Abang Abdul Razak kerana berjaya mendidik anak dengan baik. 

No comments:

Post a Comment