Saturday, 28 September 2019

JANJI 20% ROYALTI MINYAK SABAH SARAWAK TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN


Rakyat Sarawak dan Sabah KENA KENCING LAGI!!!!!

MAKA sudah disahihkan apa yang dijanjikan seperti di dalam Manifesto Pakatan Harapan pada PRU yang lepas hanya satu mimpi sahaja kerana Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Mahathir sudahpun mengesahkannya bahawa 20% royalti minyak itu tidak boleh dilaksanakan langsung.  Hal ini dinyatakan oleh beliau di New York semalam.  

Pautan berita penuh adalah seperti berikut:


Dalam pada itu, kita masih tertunggu-tunggu ke manakah menghilangnya seorang individu yang bernama YB Chong Chieng Jen tatkala kita semua menerima perkhabaran ini.  Ini kerana YB Chong sebelum ini begitu gah berkata sewaktu di dalam DUN Sarawak bahawa andaikata PH memerintah persekutuan, kerajaan yang memerintah Sarawak tidak perlu melompat parti menjadi katak kerana PH akan memberikan royalti seperti yang dimahukan.  

Bukti janji YB Chong Chieng Jen adalah seperti berikut:

https://www.facebook.com/RedParrot1840/videos/349395939232725/

Nampak gayanya segala yang dijanjikan hanya omongan kosong sahaja biarpun sudah hampir dua tahun memerintah tiada yang benar-benar pasti.  Sementara itu dek kerana mengingini Sarawak yang “kaya-raya”, PH sekarang semakin galak menabur janji “bulan bintang” buat penduduk Sarawak.  Benarkah akan ada “perubahan” atau ianya nanti akan menjadi sandiwara sahaja.  Ingatlah awal-awal lagi Kerajaan PH sudah menunjukkan “kegagalan” dan mahukah rakyat Sarawak masih lagi bersandar pada satu dahan yang rapuh!

Jangan kita seperti ada mulut, bisu; ada mata, buta; dan ada telinga; pekak.  Fikir-fikirkan!

#SarawakFirst

No comments:

Post a Comment