“KITA tidak akan menyertai Pakatan Harapan. Kita akan membentuk blok kita sendiri yang akan terus memfokuskan kepentingan dan hak-hak Sarawak seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia. Kita akan terus menjadi Pembangkang di dalam Parlimen.” - KM Abang Johari-
Itu adalah antara intipati ucapan Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari ketika mempengerusikan mesyuarat empat parti yang membentuk Gabungan Parti Sarawak pada 12 Jun yang lalu. Dan cukup jelas sehingga ke hari ini itulah yang diperjuangkan oleh GPS sehingga ianya menjadi kegentaran kepada Pakatan Harapan itu sendiri.
Dengan janji-janji yang gagal ditunaikan walau sudah hampir dua tahun memegang pucuk pimpinan peringkat Persekutuan seperti pemberian 20% royalti minyak dan gas, 50% bayaran cukai, autonomi pendidikan, projek-projek infrastruktur yang dibatalkan konon-konon atas kengkangan belanjawan dan sebagainya menjadikan Pakatan Harapan cuba menutup kegagalan mereka dengan menjanjikan sesuatu yang baharu kepada Sarawak.
Untuk itu andainya GPS dibiarkan terus berkuasa maka Kerajaan PH akan dilihat terus lemah. Dek kerana itulah “menawan” Sarawak untuk PRN yang akan datang harus dilakukan dengan apa cara sekalipun. Segala gerakan untuk autonomi harus dihentikan dan biarlah parti-parti dari Malaya yang akan menentukan halatuju Sarawak.
Tun Mahathir berkata tentang “Perkongsian Kekayaan” kerana Sarawak dan Sabah adalah negeri yang kaya raya di Malaysia. Mungkin Tun M sudah lupa bahawa Sarawak mahupun Sabah sudah berkongsi kekayaan mereka sejak di tahun 1963 lagi. 95% kekayaan Sarawak diambil MASIH TIDAK CUKUP dan sekarang mereka menuntut 100% andainya Sarawak berjaya ditawan kelak.
Pautan berita penuh:
Mahukah kita sebagai rakyat Sarawak membenarkan ia berlaku semula sedangkan kita sendiri menyaksikan sekarang GPS BENAR-BENAR TELAH BERUSAHA dan MELAKSANAKAN APA YANG DIKATA sedangkan Pakatan Harapan di Sarawak masih lagi ligat berpolitik 24/7.
No comments:
Post a Comment