Friday, 6 September 2019

BATAL PDP BOLEH ASALKAN PAN BORNEO SIAP IKUT WAKTU -TSJJM-


KITA almaklum bahawa Persekutuan sudahpun bersetuju untuk membatalkan model Projek Delivery Partner untuk jajaran lebuhraya Pan-Borneo bagi Sarawak. Itulah yang dicanangkan di dalam media arus perdana biarpun sehingga ke saat ini belum ada lagi kenyataan rasmi dari kementerian yang terlibat.  

Mengulas isu ini, Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak iaitu Tan SrI Datuk Amar James Jemut Masing berkata Sarawak tidak mempunyai masalah sekiranya pembatalan itu sudahpun diputuskan oleh pihak Persekutuan.  Dan beliau percaya segala aspek sudahpun diambilkira di dalam pembatalan tersebut.  Cuma apa yang Sarawak harapkan adalah pembinaan lebuhraya Pan-Borneo akan tetap disiapkan mengikut waktu yang ditetapkan.

Ini kerana projek Pan Borneo itu adalah nadi untuk Sarawak lebih berkembang baik dari segi sosio ekonomi atau perhubungan darat di Sarawak dan seterusnya Sabah.  


Pautan berita penuh:


No comments:

Post a Comment