Saturday 28 September 2019

BAYAR ATAU JUMPA DI MAHKAMAH! SARAWAK SUDAH BERSEDIA!


DIAM tak diam hanya tinggal satu bulan sahaja lagi tempoh akhir yang diberikan kepada Petronas untuk membayar cukai jualan 5% produk petroleum dan gas di Sarawak.  Difahamkan jumlah yang perlu dibayar oleh Petronas adalah sebanyak RM3 bilion yang mana sehingga ke saat ini masih belum ada khabar berita daripada mereka.  

Mengulas isu itu, Datuk Abdul Karim Hamzah yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak merangkap ADUN Asajaya dan merupakan seorang pengamal undang-undang di Sarawak menyatakan bahawa Petronas tidak mempunyai alasan untuk tidak membayar.  Menurut beliau andaikata Petronas cuba berdolak-dalih lagi dengan memberikan pelbagai alasan maka Sarawak tiada pilihan MELAINKAN mengheret mereka ke mahkamah.  

Datuk Abdul Karim turut menyatakan bahawa Kerajaan Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak sudahpun membuat segala persediaan ke arah itu. TIADA KOMPROMI!

Pautan berita penuh:


Hakikatnya sudah berapa lama Petronas dibiarkan “mengangkut” segala penghasilan Sarawak dan berapa banyak keuntungan yang telah mereka kecapi selama ini bagi “memboncetkan” Malaya.  Tatkala yang pemilik sebenar mahukan bahagian mereka maka bayarlah.  Itu baharu RM3 bilion jangan sampai kami tuntut sejak di tahun 1974 lagi.  Jumlahnya bertriliun!

Buatlah apa yang terbaik Kerajaan Sarawak kerana itu adalah HAK RAKYAT SARAWAK!

Encang Sarawak Encang!

#SarawakFirst 

No comments:

Post a Comment