Monday 9 September 2019

KECUAIAN PUNCA KEMATIAN KOMANDO TENTERA


INSIDEN yang berlaku pada Rabu lepas ketika satu demonstrasi diadakan di Kem Lok Kawi, Sabah sehingga menyebabkan seorang anggota komando ATM menemui ajal akibat tertembak telah mengejut negara.  Allahyarham Mejar Mohd Zahir bin Armaya yang merupakan anak kepada pelakon dan pelawak Malaysia, A.R Badul menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika cuba diselamatkan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.  

Dan sekarang kes itu tidak hanya dibiarkan sebegitu saja kerana biar apapun insiden ini harus disiasat.  Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah menyatakan bahawa pihak PDRM sudahpun membuka kertas siasatan dan setakat ini lebih 11 individu telah dipanggil bagi membantu siasatan.  

Difahamkan insiden ini disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaaan dan hasil siasatan awal menjurus kepada faktor kecuaian.  

Pautan berita penuh:


Sama-samalah kita tunggu hasil siasatan dan semoga akan ada sirna keadilan untuk Allahyarham dan keluarganya.

No comments:

Post a Comment