Sunday 29 September 2019

KITA JUMPA DI MAHKAMAH! -KM ABANG JO-


BUKAN hanya cakap-cakap mulut tetapi sudah sahih Kerajaan Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak akan mempertahankan hak Sarawak di dalam isu minyak dan gasnya mengikut apa yang dinyatakan di dalam Perjanjian Malaysia.  

Menurut Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari tiada kompromi di dalam isu ini kerana ianya adalah hak rakyat Sarawak seperti yang tertera di dalam undang-undang. Tiada pilihan lain sekiranya ia diperkotak-katikkan dan kepada Mahkamahlah ianya akan dibawa bagi memperjelaskan isu ini memandangkan pihak yang satu lagi seperti sengaja bermain api.  Malaysia mempunyai undang-undang yang bertamadun dan bukannya undang-undang rimba!  

Pautan berita penuh seperti berikut:


Untuk rekod, sebelum penguatkuasaan Ordinan Minyak dan Gas 1958, pihak Petronas pernah membawa Sarawak ke Mahkamah dan pada waktu itu keputusan memihak kepada Sarawak.  Sarawak yang diwakili oleh penasihat undang-undang Sarawak dan barisan peguam Sarawak yang bersatu hati telah membuktikan bahawa Sarawak adalah pemilik sebenar segala hasil maksumnya biarpun Petronas cuba menidakkannya.

Tatkala berkata mengenai Ordinan maka ianya adalah juga satu undang-undang yang wajib dipatuhi.  Jika syarikat gergasi lain seperti SHELL, MURPHY akur dan mematuhi undang-undang MENGAPA DAN KENAPA PETRONAS DIBERIKAN PENGECUALIAN! TIDAK SAMA SEKALI! HAK TETAP HAK!

Gendang perang sudah dipalu, juak-juak sudah dikerah. Hanya menunggu masa untuk bertingkah! Agi Idup Agi Ngelaban Sarawak ibu pertiwi.

Encang Sarawak Encang.

#iamsarawakian
#sarawakfirst

No comments:

Post a Comment