Saturday 7 September 2019

ARAHAN TUTUP SEKOLAH JIKA IPU MELEBIHI 200


BANYAK kawasan di Sarawak sedang mengalami musim jerebu yang terlampau sehingga ada sesetengah kawasan sudah menunjukkan Indeks Pencemaran Udara melebihi 200 iaitu indikasi paling tidak sihat contohnya di Kuching, Samarahan dan lain-lain.  Dan menurut prosedur standard operasi (SOP) cukup jelas menyatakan bahawa arahan penutupan sekolah boleh dibuat oleh Pengarah Pendidikan Negeri dan Guru Besar di sekolah masing-masing andainya ianya berlaku.  

Hal ini dinyatakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak yakni Datuk Amar Douglas Unggah Embah yang juga merupakan ADUN Betong di dalam satu acara yang berlangsung di sebuah hotel di Kuching, Sarawak semalam.  Beliau turut menyatakan segala persiapan sudahpun siaga untuk ke arah itu memandangkan keadaan jerebu rentas sempadan mengakibatkan Sarawak mendapat impak yang paling maksima di dalam Negara ASEAN sekarang.  Menurut beliau lagi, pihak Putrajaya seharusnya mengambil tindakan yang lebih tegas ke atas Jakarta agar usaha-usaha pemadaman api dapat dijalankan sebaik mungkin.  

Pautan berita penuh:

No comments:

Post a Comment