TATKALA berbicara soal persempadanan laut dan ditambahlagi dengan gejala pencerobohan lautan oleh banyak nelayan-nelayan asing, lautan Sarawak seringkali menjadi mangsa dan ini terbukti dengan banyaknya hal seperti ini diwar-warkan di media massa. Dan umum mengetahui bahawa Polis Marin pula dikawalselia oleh pihak Persekutuan seperti selalunya.
Namun jika dilihat dari segi undang-undang dan perlembagaan yang sedia ada, tanpa kita ketahui bahawa Sarawak sebenarnya BOLEH MENUBUHKAN POLIS MARIN sendiri. Dek kerana itulah Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg mengwar-warkannya ketika majlis Perasmian Penanaman Tukun Tiruan (Reef Ball) di Perairan Igan-Mukah di sini pagi tadi.
Dengan adanya Polis Marin Sarawak sudah tentu ia akan menguatkan lagi segala pertahanan yang sedia ada dan ini termasuklah memudahkan lagi industri perikanan ditadbir dan diurus dengan lebih berstruktur, selain hak-hak perairan rakyat Sarawak akan sepenuhnya dilindungi daripada penceroboh luar.
Beliau sendiri akan membentangkan pindaan undang-undang berkenaan pada April 2020 ketika persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Hakikatnya siapalah lagi yang lebih berhak menjaga Sarawak ibu pertiwi jika tidak RAKYAT SARAWAK sendiri. Hanya orang Sarawak yang mengenal apa itu Sarawak.
#IamSarawakian
#SarawakFirst
No comments:
Post a Comment