Sunday, 8 September 2019

RESPONS MENTERI MESTECC MENGENAI JEREBU DI SARAWAK TERUS MENJADI TANDATANYA


DENGAN keadaan jerebu di Sarawak yang semakin buruk yakni ada sesetengah kawasan seperti Kuching, Sri Aman dan Sarikei IPUnya melebihi paras tidak sihat 200 membuatkan rakyat tertanya-tanya apakah tindakan seterusnya daripada Kementerian yang bertanggungjawab iaitu Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim didokongi oleh YB Yeo Bee Yin sebagai menterinya.  

Pada hari ini, mantan Menteri Alam Sekitar sebelumnya iaitu Datuk Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar turut mempersoalkan apakah tindakan yang dilakukan oleh kementerian tersebut.  Ini kerana menurut beliau jika kementerian tersebut hanya bersandarkan hubungan diplomat maka sudah tentu tiada jalan penyelesaian.  Seharusnya Menteri yang bertanggungjawab boleh sahaja menghubungi terus pihak di Jakarta untuk berbicara soal jerebu rentas sempadan yang berlaku sekarang.

Datuk Seri Wan Junaidi turut mempersoalkan adakah menteri yang terlibat itu masih lagi tidak mengambilpusing betapa bahayanya isu jerebu jika tidak ditangani dengan segera.   

Pautan berita penuh:


Hakikatnya apabila berbicara soal jerebu ini di dalam konteks antarabangsa ianya adalah dibawah jurisdiksi Persekutuan dan hanya menteri yang terlibat boleh merencanakan apakah bentuk tindakan pro-aktif yang wajar Malaysia ambil membantu Indonesia menangani permasalahan ini. Kerajaan Sarawak telah menghulurkan sebaik mungkin bantuan dengan menggerakkan Sektariat Bencana Negeri Sarawak bergandingbahu dengan agensi seperti Bomba Dan Penyelamat, Pertahanan Awam dan banyak lagi bagi mengawal apa yang perlu serta bantuan kepada rakyat Sarawak.  

Kita mahukan penglibatan dari Persekutuan juga jangan sesekali diam tanpa ada rasa tanggungjawab pada rakyat Sarawak.  Rakyat Sarawak wajar diberitahu apakah tindakan kerajaan sekarang.  Jangan lupa walau berada beribu batu daripada Putrajaya, kami juga rakyat Malaysia yang membentuk Negara Malaysia pada tanggal 16 September 1963.  

No comments:

Post a Comment