Sunday, 29 September 2019

KAD EMAS UNTUK WARGA EMAS SARAWAK BERMULA JANUARI 2020


ATAS dasar keprihatinan Kerajaan Sarawak satu kad khas iaitu Kad Emas untuk rakyat Sarawak yang berusia 60 tahun ke atas diperkenalkan menjelang Januari 2020. Ianya dinyatakan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan, Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak yakni Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah yang juga ADUN Dalat ketika sambutan Hari Wanita dua hari yang lepas.   

Menurut beliau kad emas untuk warga emas Sarawak ini akan menggunakan pendekatan sepertimana negara Singapura dan New Zealand lakukan.  Dengan adanya kad emas ini kelak maka warga emas Sarawak akan boleh mendapat keistimewaan seperti bantuan perubatan dan diskaun istimewa untuk pembelian ubat-ubatan, pengangkutan, membeli belah serta banyak lagi.  

Pautan berita penuh:


Ini merupakan satu langkah yang wajar kita sokong malah boleh dikategorikan sebagai memakmurkan rakyat Sarawak itu sendiri.  Kerajaan Sarawak melalui Gabungan Parti Sarawak sebelum ini sudah memberikan banyak keistimewaan dan bantuan seawal anak Sarawak yang baru dilahirkan seperti Endowment Fund kemudian pelajar-pelajar anak Sarawak yang menuntut di luar Sarawak untuk bantuan tiket penerbangan menjelang hari perayaan.  Jika diikutkan segala keistimewaan ini jelas meliputi setiap peringkat umur baharulah keadilan untuk semua rakyat Sarawak.

Bagaimana untuk memohon? Kita nantikan cerita proses permohonannya menjelang akhir tahun 2019 ini.  Sabar itu nikmat.  

#SarawakFirst

No comments:

Post a Comment