Friday, 6 September 2019

PEMBACAAN DOA DI SEMUA ACARA KERAJAAN SARAWAK TETAP DITERUSKAN


BIARPUN baru-baru ini pihak agensi agama di Putrajaya ada mengeluarkan larangan bacaan doa sekiranya melibatkan bukan Muslim di dalam acara Kerajaan.  Namun untuk di Sarawak ianya akan tetap diteruskan seperti biasa. 

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Islamic Affairs), YB Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi yang juga ADUN Pantai Damai menyatakan bahawa pembacaan doa di semua acara Kerajaan Sarawak akan tetap diteruskan seperti biasa biarpun melibatkan mereka yang bukan Muslim.  Di Sarawak menurut beliau, ianya adalah satu tradisi dan sejak dari dahulu lagi isu seperti ini tidak pernah timbul mahupun dipertikaikan.   

Pautan berita penuh:


Itulah keindahan kepelbagaian kaum dan agama di Sarawak yang selama ke hari ini tetap dipertahankan.  Jika tidak mana mungkin selama ini Sarawak sentiasa menjadi penanda aras di dalam memperjelaskan maksud rukun harmoni hidup pelbagai bangsa dan agama.  Sedangkan masjid dan gereja boleh berkongsi tempat letak kereta yang sama malahan dengan perkahwinan campur warga Sarawak, hampir majoriti rakyat Sarawak mempunyai ramai keluarga yang bukan Islam dan sebaliknya.  

Mengapa harus kita didik generasi baru kita untuk mengasing-ngasingkan diri hanya kerana pemahaman dan kepercayaan agama yang berbeza.  Setiap agama itu indah malah adakah dengan hanya berdoa bersama-sama di satu majlis akan menyebabkan akidah seseorang itu lari?? Darah kita juga sama merah dan tatkala di dalam kecemasan sesiapa sahaja boleh menderma darah tanpa mempersoalkan samada penerima dan penderma darah itu Muslim atau tidak.

No comments:

Post a Comment