Friday 27 September 2019

“POLIS PALSU” DIBERKAS POLIS



BERTINDAK daripada maklumat yang diperolehi, sekumpulan anggota polis daripada IPD Padawan telah berjaya memberkas seorang “polis palsu” kira-kira jam 11.30 malam tanggal 27 September 2019.  Menurut kenyataan daripada IPD Padawan,  “polis palsu” yang berusia 47 tahun dan warga tempatan tersebut terlibat di dalam satu kes yang melibatkan kecurian dan penipuan ke atas seorang peniaga gerai makanan di Matang pada 25 September 2019.

Sewaktu “polis palsu” itu diberkas oleh polis, turut sama dirampas adalah sehelai kemeja T yang mempunyai logo polis, sebuah “pocket book” polis, beg yang dicuri, kenderaan dan pakaian yang digunakan semasa melakukan jenayah itu.  

Syabas PDRM.

No comments:

Post a Comment