Saturday 14 September 2019

PETRONAS, SILA JELAS 5% CUKAI PETROLEUM ATAU SEE YOU IN COURT!!


AWAL tahun ini, Sarawak sudahpun menguatkuasakan 5% cukai jualan petroleum dan ianya adalah termaktub di dalam hak konstitusi Sarawak seperti yang sudah dimaklumi sebelumnya.  Ramai pemain industri minyak dan gas yang beroperasi di Sarawak akur dengan hak Sarawak ini dan sudahpun menjelaskan apa yang perlu mereka lakukan.  

Namun begitu, pemain utama yang selama ini berselindung di sebalik Akta Petroleum semenjak tahun 1974 iaitu Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) pula masih enggan berbuat demikian. Kita almaklum bahawasanya PETRONAS itu selama ke hari ini tanpa segan silu menggodek dan menjarah hasil bumi “emas hitam” Sarawak dan berapalah sahaja yang diberikan kepada Sarawak.  Tindak tanduk Petronas yang tidak menghormati hak Sarawak di dalam membayar 5% cukai jualan petroleum adalah sesuatu yang begitu mengecewakan kita semua malah wajar diselar oleh kita semua.  

Untuk itu, Kerajaan Sarawak sudahpun mengeluarkan peringatan akhir kepada Petronas dengan memberikan mereka sehingga akhir bulan Oktober untuk berbuat demikian.  Difahamkan Petronas harus membayar sejumlah RM3 bilion kepada Kerajaan Sarawak bagi cukai jualan tertunggak mereka untuk tahun ini.

Pautan berita penuh:


Dalam pada itu ramai rakyat tertanya-tanya apakah tindakan yang boleh dikenakan kepada Petronas andaikata mereka masih “sombong dan degil” enggan membayar Sarawak atas cukai jualan petroleum 5%? Menurut seorang penganalisa politik tersohor di Sarawak iaitu Datuk Peter Minos tegas menyatakan bahawa Sarawak boleh membawa Petronas ke muka pengadilan. Dan kenyataan itu senada dengan kenyataan daripada seorang pengamal undang-undang Sarawak yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Keseniaan Sarawak serta ADUN Asajaya yakni Datuk Abdul Karim Hamzah yang berkata bahawa Sarawak tiada pilihan selain membawa hal ini ke muka pengadilan.  

Pautan berita seperti berikut:


Bayangkan dengan jumlah RM3 bilion cukai tertunggak, mana mungkin kita boleh melepaskan mereka (Petronas) sebegitu sahaja.  Jika pemain industri lain boleh mengapa mereka tidak boleh! Itu adalah hak rakyat Sarawak dan siapakah Petronas untuk mengkotak-katikkan hak kita.  Tidak cukupkah lagi selama berpuluh-puluh tahun mengambil hak orang! 

No comments:

Post a Comment