BEBERAPA hari yang lepas, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli yakni YB Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam mengenai Kerajaan Persekutuan akan menghantar pesawat “hyperspectral” bernilai RM35 juta bagi membantu Sarawak di dalam mencatat data-data mengenai perhutanan di Sarawak pada penghujung tahun ini. Beliau mengwar-warkan berita tersebut ketika mengunjungi Ketua Menteri Sarawak.
Pautan berita penuh:
Jika diikutkan hal ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana hakikatnya betapa pentingnya pesawat hyperspectral ini telahpun dimuktamarkan ketika pemerintahan yang lama. Pada tahun 2018 ianya dimuktamatkan pada harga RM29 juta sahaja dan jauh lebih rendah daripada harga yang telah ditetapkan iaitu RM35 juta. Begitulah yang telah diberitahu oleh mantan Menteri sebelumnya iaitu Datuk Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar.
Menurut beliau pada ketika itu dek kerana “kebodohan” beberapa wakil rakyat PH yang membuat laporan polis konon-konon berlaku penyelewengan pada pembelian pesawat tersebut menyebabkan ianya tergendala sehingga menyebabkan Kerajaan Sarawak terpaksa menanggung kerugian sebanyak hampir RM180 juta setahun kerana kurangnya pemantauan terhadap hasil hutan dan pembalakan di Sarawak. Dan hakikatnya apa yang didakwa oleh wakil-wakil pembangkang PH pada masa itu adalah fitnah sama sekali kerana mereka akhirnya akur bahawa pembelian pesawat itu adalah betul.
Pautan berita penuh:
Cuma mungkin, kita sebagai rakyat agak ralat dengan angka yang dinyatakan kerana nampak gayanya puak PH akan mengiyakan sahaja bila puak mereka yang membuat pembelian biarpun ada perbezaan harga yang ketara. RM28 juta ITU MAHAL kata PH tapi RM35 juta ITU BERPATUTAN asal sahaja PH yang mengaturnya! :D
No comments:
Post a Comment