Wednesday 11 September 2019

JEREBU MADE IN SARAWAK..NGGAK USAH NGOMONG KOSONG IBUK SITI NURBAYA!


BIASA yang kita dengar betapa banyak isu klaim mengklaim yang dilakukan oleh warga indonesia apabila berbicara soal persamaan kulinari atau budaya malahan busana sehingga ianya mampu membawa kepada demonstrasi di pejabat kedutaan Negara Malaysia yang berada di wilayah mereka.  Cuma satu bilamana berbicara soal jerebu, bab ini seboleh-bolehnya mereka yang disana akan diam seribu bahasa dari dahulu sehingga semalam menyaksikan ada ahli politik mereka yang cuba menyogokkan kenyataan “taichi” dan menyalahkan pula Sarawak sebagai penyebabnya.  

Pautan adalah seperti berikut:


Dakwaan bagai “lalok isap gam” daripada Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia, Siti Nurbaya itu turut mendapat perhatian daripada Timbalan Ketua Menteri Sarawak yakni Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga merangkap ADUN Betong.  Menurut beliau, kenyataan daripada Siti Nurbaya begitu mengejutkan sedangkan sudah terbukti berdasarkan kepada peta satelit, asal muasal Jerebu tersebut adalah daripada Indonesia itu sendiri.

Pautan adalah seperti berikut:


Mana mungkin kita boleh menerima dakwaan sembrono daripada seorang ahli politik negara jiran seperti itu.  Ini kerana jika kita mengikuti perkembangan beserta data daripada satelit seperti yang di keluarkan oleh The National Oceanic and Administration (NOAA), satu agensi di USA yang memfokuskan pengumpulan data bagi sebarang perubahan atmosfera melalui Suami-NPP, AQUA dan TERRA sejak beberapa hari yang lepas telah mencatitkan hampir keseluruhan titik panas adalah disebabkan oleh kebakaran yang berlaku di Sumatra dan Kalimantan.

Sehingga semalam 11 September 2019 sahaja hampir 1,278 titik panas di kesan oleh Satelit berada di Sumatera. Malah beberapa hari yang lalu dek kerana arah tiupan angin iaitu angin monsun barat daya telah menolak segala partikel-partikel halus bawaan pembakaran di Sumatera terus ke ruang udara Semenanjung Malaysia dan Singapura menyebabkan IPU menjadi meningkat.  

Dan tatkala apabila kebakaran yang berlaku di Sarawak menyebabkan jerebu di Malaysia adalah kenyataan bingai bagi seorang menteri Indonesia kerana apa yang berlaku sekarang seperti di Lundu adalah berpunca daripada kebakaran hutan yang bermula di Kalimantan Barat yang merebak sehingga ke kawasan hutan di Sarawak yang bersempadan dengannya.  Sememangnya ada beberapa kawasan hutan yang terbakar di dalam wilayah Sarawak itu sendiri namun ianya langsung bukan faktor penyebab jerebu di Semenanjung Malaysia dan Singapura sebaliknya di dalam wilayah Sarawak itu sendiri seperti di Miri.  

Nggak usah omong kosong wahai ibuk menteri Siti Nurbaya.  Sudah lama isu ini berlarutan setiap tahun dan isu jerebu rentas sempadan made in Indonesia ini sudah menjadi sebati bagi kami negara jiran tetangga.  Kami tidaklah terlalu bodoh untuk tidak mengenal peta bahkan kedapatan ibuk menteri sendiri bagai tidak mengetahui apa yang didakwa kerana pautan daripada berita-berita di sebelah Indonesia sendiri mengakui bahawa ianya berasal daripada Indonesia.  

Pautan seperti berikut:


Wahai ibuk menteri, mahu juga bertanya apa itu Desa Pelang, Kecamatan Matan Hilir Selatan, Kabupaten Ketapang seperti tangkap layar di pautan itu lokasinya di Sarawak atau Indonesia??

No comments:

Post a Comment