Tuesday, 17 September 2019

SUSULAN DARI KENYATAAN YB BARU BIAN SEMALAM YANG HANYA PH BOLEH SELESAIKAN MASALAH TANAH NCR


ASAL USUL MASALAH TANAH KITA YANG BERSTATUS NCR BENARKAH ADA MASALAH?

Berkurun lamanya kita diami & duduki tanah pusaka kita, dan di iktiraf pula sebagai tanah kepunyaan dan milik kita oleh undang undang di bawah Sarawak Land Code,hak-hak kita untuk duduki tanah demikian (NCR) adalah terjamin.
 Tidak pernah ada masalah seperti ini dulu! KENAPA ADA MASALAH?
Masalah berlaku akibat rakyat yang duduk di pendalaman terutama sekali kaum kaum kita dayak berpendapat bahawa tanah yang kosong dan tidak di terokai adalah tanah mereka oleh kerana faktor semulajadi (kehidupan di kampung). 
Mereka anggap tanah tanah sebegini secara otomatik adalah kepunyaan mereka, walaupun ianya dikenalpasti adalah berstatus “state land”. (penerokaan before 1958) KENAPA MASALAH TIMBUL?
Masalah timbul kerana adanya rakyat yang RAKUS dan tidak BERTIMBANG RASA.
Sudah tahu mereka tidak punyai tanah hasil peninggalan orang tua mereka, (yang berkerja di bandar sudah lama sudah tentu mereka “tidak” punyai tanah di kampung) jadi mereka setelah pencen akan masuk secara senyap 2x untuk meneroka tanah kosong dan sekali gus cuba memiliki tanah “kerajaan” yang mereka memang tahu sebesar-besar yang mereka mahu, akhirnya terjadi lah perbalahan diantara pihak kerajaan dan mereka yang “mencuri” masuk ke tanah yang sepatutnya bukan di punyai oleh mereka. PERGADUHAN DI ANTARA ANAKBIAK RUMAH PANJANG PUNCA TANAH RIZAB KERAJAAN SELALU DI CEROBOHI
Ini adalah perkara yang sangat sangat benar, dan tidak boleh dinafikan selalunya pergaduhan diantara mereka sendiri di suatu rumah panjang berkesudahan dengan satu pihak akan meninggalkan rumah panjang dan pergi jauh sedikit ke dalam hutan di mana sudah tentu tanah di hutan tersebut adalah berstatus state-land, walaupun ianya state land, berpindahnya kelompok tadi, maka tanah rizab tersebut di gunakan untuk penempatan dan ini akan menimbulkan banyak masalah tanpa di sedari oleh yang baru datang/berpindah. KENAPA DAYAK KITA INI SELALU PERSALAHKAN KERAJAAN
Bagi pendapat saya, dalan kontek Sarawak, NGO-NGO Dayak sengaja di peralatkan oleh parti-parti yang ingin merebut kuasa untuk memerintah negeri ini.


Memang jelas sekali parti PKR, DAP dengan anggota-anggota Dayak di dalam parti tersebut diperalatkan untuk menyerang GPS dengan sengaja mengembar-gemburkan isu-isu tanah dengan membesar-besarkan masalah yang kecil serta non existence.

Biasanya mereka akan merujuk kes-kes tanah yang sudah di dalam makhamah dan menaikkan semangat anti kerajaan sebagai senjata untuk mereka bawa berkempen samada melalui sosial media atau pun di kedai-kedai kopi. KERAJAAN TIDAK PERNAH JUAL TANAH KEPADA SYARIKAT SAWIT, ETC
PL (Provisional Lease) yang dibahagi kepada syarikat sawit di Sarawak adalah berstatus “sewaan” iaitu LEASEHOLD selama 60 tahun. Leasehold tersebut akan luput dan tanah tersebut akan kembali ke kerajaan Sarawak juga.
PL ini tidak semudah itu untuk dikeluarkan dan ianya menepati syarat-syarat ketat, tetapi kadang kadang PL yang di bagi kepada sesuatu syarikat akan bertindih dengan tanah-tanah yang di duduki oleh penduduk yang tadi nya berpindah-randah dan di sana lah ia akan mengalami kekusutan dan timbul lah isu-isu yang menyatakan KERAJAAN GPS RAMPAS TANAH dan sebagainya yang pada asalnya tadi adalah bukan di rampas seperti yang selalu dimain-mainkan oleh NGO-NGO Dayak yang bergiat aktif dengan PKR dan DAP yang akhirnya menimbulkan masalah kepada kerajaan negeri pimpinan GPS. “ARMCHAIR CRITIC”
Banyak pengkritik pengkritik tanah NCR kita adalah berpunca dari ARMCHAIR CRITICS yang tidak punyai apa apa kerja selain dari mengkritik, mereka berselindung di sebalik kerusi empuk mereka di pejabat-pejabat mewah mereka hasil dari kejayaan mereka di bawah pentabdiran BN dahulu, mereka yang tidak mengenang budi lah yang paling lantang mengkritik contohnya kritik GPS. PKR & DAP DI BAWAH PH BUKAN JALAN PENYELESAIAN KEPADA ISU NCR
Sebenarnya kedua dua parti tersebut bukan lah jalan penyelesaian kepada isu NCR, sebabnya, banyak tanda-tanda yang sudah ketara dan nampak bahawa parti tersebut di bawah Pakatan Harapan sudah banyak membuat U-TURN, banyak janji janji kepada rakyat Sarawak tidak tertunai dan mereka rela berbohong demi untuk mengambil kuasa, percakapan di depan khalayak ramai sering berubah-ubah justeru itu adalah sangat mustahil mereka ini lah yang boleh membantu, sedang mereka sendiri pun perlu bantuan. PENYELESAIAN
Masyarakat Dayak yang sokong PKR atau DAP adalah umpama “melepaskan anjing yang tersepit” dan sebarang penyelesaian isu tanah NCR bukanya terletak kepada kedua-dua parti tersebut.
Masyarakat Dayak baik Melayu (Melayu juga ada NCR) akan kerugian besar jika PH di beri mandat untuk menerintah kerana dengan sekelip mata status tanah-tanah kita akan ditukar kepada status boleh diniaga di “open market” yang akhirnya orang-orang kaya dari seberang akan membeli tanah kita dengan senang nya, penghujungnya kita akan jadi pengemis di negeri sendiri dan AKHIRNYA PADA KETIKA ITU KITA SALAHKAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN PULA dan ianya sudah terlambat.

JADI WAHAI ANAK-ANAK MUDA & TUA DAYAK, JANGAN LAH PERCAYA BULAT-BULAT KERAJAAN SETAHUN JAGUNG PAKATAN HARAPAN INI, BERJANJI ITU ADALAH KEMESTIAN DARI MEREKA TETAPI TERTUNAI ITU BUKAN KEMESTIAN. JS - Freelance political activist and commentator.

No comments:

Post a Comment