DERETAN perahu kecil, senario pagi di tebingan pekan Bekenu, Sibuti.
Perahu masih menjadi pengangkutan bagi segelintir masyarakat tradisi yang mendiami pinggiran Sungai Sibuti, setiap pagi berulangalik untuk urusniaga di Tamu Bekenu.
Ada di kalangan wanita Kedayan Sibuti memudiki sendiri perahu kecil ini seawal jam 4 pagi dari Kampung Bulau menghantar hasil tani dan buah~buahan untuk keperluan pemborong dari Miri dan Brunei Darussalam.
Meskipun ada perhubungan jalan darat namun bagi mereka, memudiki sendiri perahu kecil ini lebih praktikal berbanding menyewa van persendirian.
Sekalipun ada yang baru tidak bermakna yang lama dan telah banyak berjasa dalam melayari kehidupan rutin harian harus dilupakan begitu sahaja.
No comments:
Post a Comment