Wednesday, 3 February 2016

KETUA WANITA PKR "MEROYAN"!


KETUA Wanita Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganggap dirinya penting tetapi pada masa yang sama tidak tahu menghormati tuan rumah (Sarawak) apabila 'secara terbuka memperlekehkan' kewibawaan undang~undang Jabatan Imigresen Sarawak.
Zuraida Kamaruddin menerusi kenyataan tidak puashatinya yang tersiar di media tempatan, turut mempertikaikan kewajaran tindakan kerajaan negeri, rentetan penahanannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).
"Orang yang tidak memiliki passport dan permit yang tidak sah dibenarkan masuk manakala Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia tidak dibenarkan masuk ke Sarawak."
Kenyataan Zuraida boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat terutama mereka dari Semenanjung Malaysia dan Sabah.
Tidak semua penduduk Semenanjung Malaysia dan Sabah memahami hak keistimewaan Akta Imigresen Sarawak yang tertakluk dengan Perkara 6 di dalam 18 Perkara, dipersetujui semasa penyertaan Sarawak ketika Pembentukan Malaysia.
Tidak terhenti di situ, Zuraida bercita~cita pula hendak menggubal undang~undang Jabatan Imigresen Sarawak yang digunapakai ketika ini.
"Kalau sudah ada kuasa, kita akan melakukan perubahan ke atas undang~undang Imigresen kerana ia tidak masuk akal, tidak membenarkan orang kita masuk ke Sarawak."
Terbaharu, sedapnya mulut Zuraida bercakap dengan mendakwa Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaja Bumiputera (PBB), Dato Idris Bujang sengaja memutarbelitkan kenyataannya.
Menarik lagi, Zuraida akan mengambil tindakan undang~undang terhadap Idris, bekas setiausaha politik Ketua Menteri dan Senator Dewan Negara yang diketahui umum, Idris disegani di kalangan pengamal undang~undang kerana kebolehan dan memiliki pengalaman luas di bidang perundangan.
Bagaimanakah akhirnya nanti episod Zuraida dan Dato Idris ini?

No comments:

Post a Comment