Tuesday, 2 February 2016

DIMANA TUMPAHNYA KUAH JIKA TIDAK KE NASI


SUDAH disahihkan bahawa Dun N50 Machan akan diwakili oleh muka baru yang mana boleh dikatakan politik itu sendiri sebati di dalam penghidupan bakal calonnya.  Dun N50 Machan sebelum ini diwakili oleh Gramong Juna atas tiket BN-PBB.
Pengumuman yang dilakukan oleh Setiausaha BN Negeri iaitu Datuk Dr Stephen Rundi Utom atas restu dari Datuk Adenan di satu majlis khas di Pejabat Daerah Kanowit  semalam, 2 Februari 2016.  Muka baru yang dicalonkan adalah anak bongsu kepada Datuk Gramong Juna sendiri iaitu Allan Siden Gramong. 
Sedikit mengenai calon N50 Machan ini bukanlah sembarangan pemuda memandangkan beliau juga salah seorang yang menganggotai Parlimen Belia Malaysia.  Dan jika diambilkira pengetahuan beliau di dalam lanskap politik Sarawak juga tidak kurang hebatnya kerana beliau juga merupakan anggota Exco untuk Pemuda PBB Pusat. 
Umpama kata bidalan, dimanakah tumpahnya kuah jika tidak ke nasi maka begitulah juga perjuangan Allan Siden Gramong nanti kerana beliaulah penyambung legasi ayahnya Datuk Gramong Juna yang sudah 9 penggal menjadi DUN Machan.  Segala aspirasi dan misi serta visi untuk menaikkan nama Machan akan terus dilestarikan.

No comments:

Post a Comment