Sunday, 7 February 2016

N06 TUPONG CALONNYA DARI PEMUDA PBB?

TIADA lagi rahsia apabila calon untuk N50 Machan sudah menjadi milik kepada Allan Siden Gramong, penerus legasi ayahandanya Datuk Gramong Juna.  Beliau merupakan calon pertama yang telah disahkan mewakili Pemuda PBB Sarawak. Sekarang kita beredar ke satu lagi DUN yang juga dikatakan akan menampilkan muka baru dari kalangan Pemuda PBB jua iaitu N06 Tupong.  

Walau belum ada kenyataan rasmi daripada pucuk pimpinan BN Sarawak, namun angin politik di N06 Tupong telah diwarnai dengan kemunculan Fazrudin Abdul Rahman, anak muda yang tidak asing lagi di dalam lanskap politik Tupong itu sendiri.  Beliaulah yang telah digembar-gemburkan untuk menjadi "winnable candidate" bagi N06 Tupong nanti. 

Jika kita melihat kepada biodata Fazrudin ini sendiri sebagai “winnable candidate” mungkin tiada siapa dapat mempertingkaikan bahawa beliau sememangnya berkelayakan untuk mewakili Pemuda PBB.      Dengan pengalaman beliau sebagai Setiausaha Politik untuk MP P194 Petra Jaya sudah tentu apa jua selok belok politik yang dibawah bidangkuasa P194 Petra Jaya iaitu N06 Tupong salah satunya hanya dihujung jari beliau.  

Ditambah lagi, Fazruddin sendiri juga antara MKT Pemuda PBB malah cukup terkenal di kalangan anak muda Sarawak lebih-lebih lagi di dalam dunia bola sepak tempatan khususnya Kuching yang mana beliau merupakan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuching. 

Dan “jika benar” N06 Tupong diwakili oleh Pemuda PBB, ingatlah sekiranya menang nanti tanggungjawab yang dipikul itu besar kerana penanda aras hasil daripada kepimpinan YB Datuk Daud Abdul Rahman itu terlalu tinggi.  

Tidak dinafikan atas usaha Datuk Daud jugalah yang telah berjaya mentransformasikan N06 Tupong dari hanya sebuah perkampungan Melayu menjadi antara kawasan yang pesat membangun di Bandar Kuching sekarang. 

Mampukah Fazruddin menggalas tugas berat itu? 
Atau mungkin ada calon lain dari kalangan Pemuda PBB yang lebih layak? 

Jadi, sama-samalah kita tunggu pengumumannya nanti. 


No comments:

Post a Comment