Tuesday, 2 February 2016

VIRUS ZIKA


BUKAN untuk mengwujudkan suasana panik di kalangan rakyat Malaysia tetapi apa yang dinyatakan adalah untuk kita sentiasa beringat-ingat dengan satu lagi epidemik kesihatan yang sedang melanda dunia sekarang.  Untuk itu adalah wajar untuk kita mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan tentang virus zika. Salah satu virus bawaan nyamuk iaitu aedes (mengikut jenis) di dunia sekarang.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa virus zika ini adalah satu wabak kecemasan dunia.  Ini memandangkan lebih daripada 22 negara telahpun dilanda virus ini seperti Negara di Amerika Latin iaitu Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, U.S., Virgin Islands, Venezuela, Samoa dan banyak lagi.  Dan apa yang lebih membimbangkan iaitu semalam, baru sahaja semalam diwar-warkan Jambi, wilayah di Republik Indonesia juga sedang diserang virus zika.  

Buat masa sekarang, sememangnya Malaysia tiada kes yang melibatkan virus zika dikesan namun begitu perlu diingatkan bahawa Malaysia adalah antara Negara yang mempunyai jumlah densiti nyamuk aedes iaitu nyamuk yang menjadi punca pembawa virus zika.  Lihat sahaja kes-kes denggi saban tahun di Malaysia amnya dan Sarawak khususnya sudah cukup untuk kita mengambil situasi ini sebagai sesuatu yang serius. 

Setakat ini melalui laporan kesihatan sedunia menyatakan bahawa virus zika dibawa oleh nyamuk aedes jenis aegypti.  Walaupun tiada kajian yang spesifik lagi namun ada juga pakar yang menyatakan bahawa virus zika juga turut dibawa oleh nyamuk jenis albopictus.  Dan seperti nyamuk aedes yang lain, ianya juga turut membiak di dalam takungan air jenis dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.  Dan nyamuk aedes juga menggigit di waktu awal pagi dan senja. 

Seperti juga denggi, buat masa sekarang belum ada lagi apa-apa vaksin atau perubatan yang spesifik bagi melawan virus zika.  Dan ini sudah tentu membimbangkan kita semua kerana virus zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan.

Sindrom microcephaly yang disebabkan oleh virus zika ini akan menyebabkan seseorang kanak-kanak yang terdedah sejak dari janin seawal usia 3 bulan di dalam kandungan apabila dilahirkan akan berhadapan dengan kecacatan mental sehingga mereka nanti akan mengalami pergerakan otot seumur hidup mereka.   Dan kerana itulah mengapa virus zika ini terlalu merbahaya kepada ibu-ibu yang mengandung. 

Simptom-simptom utama demam zika juga seperti mengalami demam denggi seperti sakit kepala, ruam pada kulit, sakit sendi dan mata kemerahan. 

Untuk itu bersama-samalah kita semua peka dengan kebersihan di persekitaran kita.  Lakukan pembersihan seperti yang sering kerajaan war-warkan kepada rakyat kita selama ini kerana “mencegah itu lebih baik daripada mengubati”.







No comments:

Post a Comment