Thursday, 4 February 2016

PRN Ke~11: TEKA~TEKI DATUK ADENAN.

"TUNGGU sidang media, saya akan dedahkan butiran perbincangan kami."
Sekali lagi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Adenan Satem berteka~teki dengan pihak media ketika ditanya butiran perbincangan beliau dengan Datuk Najib Tun Razak mengenai perkembangan terkini menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke~11.
Datuk Adenan memberitahu perbincangan dengan Datuk.Najib di Kuala Lumpur, malam semalam berjalan lancar.
Kekerapan pertemuan dan kehadiran barisan pemimpin tertinggi BN Pusat, turun padang ke beberapa lokasi di Sarawak minggu lalu membayangkan tarikh sebenar PRN Ke~11 semakin hampir.
Bulan lepas, Datuk Adenan mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan cadangan tarikh PRN Ke~11 kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan mencadangkan 18 April (penamaan calon) dan 30 April (hari pengundian).
Terkini, spekulasi bertiup kencang dengan pelbagai andaian mengenai tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal dibubarkan bila~bila masa selepas perayaan Tahun Baharu Cina atau Mac nanti. 

No comments:

Post a Comment