Sunday, 7 February 2016

ORANG LAMA ATAU ORANG MUDA UNTUK LAYAR?


ADA yang berkata Timbalan Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang akan bersara dari arena politik. Ada juga yakin beliau akan mempertahankan N36 Layar. Kawasan DUN Sarawak yang telah diwakilinya hampir 8 penggal. Setakat ini masih lagi tiada kepastian mengenai khabar angin tersebut.
Di dalam kita bercorat-coret tentang N36 Layar yang mempunyai kira-kira 8,835 pengundi berdaftar ini yang mana majoritinya adalah daripada etnik Iban, walau tiada kesahihan lagi namun tetap ada desas-desus usaha lobi-melobi bagi menggerakkan calon-calon impian mereka. Di dalam usaha ini sahaja ada 2 nama yang sentiasa meniti dari bibir ke bibir di Layar.
Yang menariknya di Layar ini, ada 2 calon pengganti yang mana satu dari golongan “orang lama” dan yang satu lagi adalah dari kalangan pemimpin pelapis Sarawak iaitu dari Pemuda PBB Sarawak itu sendiri. Nama yang disebut adalah Kloni Kanang @ Nelson Kloni, seorang pemimpin lama di Layar dan menjadi “favourite” akar umbi. Dan satu lagi nama besar adalah Gerald Rentap Jabu iaitu anak kepada Tan Sri Jabu itu sendiri.
Nelson Kloni bukanlah calon yang sembarangan kerana beliau walaupun berusia 61 tahun, namun begitu dunia politik Layar adalah mainannya. Manakan tidaknya beliau sudah 30 tahun menagih kudratnya untuk dunia politik Sarawak. Malahan pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak dari tahun 1986 hingga 2000. Seorang yang berpendidikan tinggi dengan kelulusan Sains Geologi dari Universiti Malaya dan MBA dari Queensland, Australia.
Untuk Gerald Rentap Jabu pula adalah anak muda yang aktif di kalangan belia di Layar. Merupakan seorang ahli perniagaan dan menjadi pengemudi beberapa perniagaan di Sarawak. Mungkin disini nanti kita akan melihat kepimpinannya boleh dilestarikan untuk memajukan N36 Layar. Dan bila berkata pengalaman politik sahaja usahlah diragukan kerana sebagai anak pemimpin politik tersohor seperti Tan Sri Jabu sudah tentu asam garam, pahit manis dunia politik itu merupakan sebahagian daripada penghidupannya.
Jika "benar" Tan Sri Jabu akan bersara, 2 nama calon ini sudah tentu mempunyai “specialities” masing-masing. Terpulang kepada pucuk pimpinan Datuk Adenan untuk memberi kata putus. Yang mana satukah dirasakan “Winnable Candidate” untuk Layar?
Adakah muka baru tapi “orang lama” di dalam kancah politik Layar ataupun memilih untuk menyahut permintaan generasi “Y” yang mahukan pemimpin yang terdiri dari kalangan orang “muda”.
Samada Kanang atau Rentap untuk N36 Layar, kita tunggukan pengumumannya kelak.

No comments:

Post a Comment