Monday, 8 February 2016

KUCHING DILANDA MUSIBAH BANJIR




TIADA kata yang mampu diungkap apabila berlakunya sesuatu musibah pada rakyat jelata.  Hari ini 8 Februari 2016 menyaksikan banyak kawasan-kawasan rendah di Kuching dilanda musibah banjir.
Buat masa sekarang antara kawasan yang paling teruk menerima musibah banjir adalah di kawasan Malihah dan sekitarnya.  Cuaca mendung ditambah lagi dengan fenomena “king tide” telah memburukkan lagi keadaan. 
Banyak kawasan telah mula membuka pusat penempatan banjir seperti di Dewan Serbaguna Taman Malihah, Matang.  Pelbagai agensi kerajaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bomba, Polis, Pusat Khidmat YB Petrajaya dan banyak lagi telah dari semalam telah bertungkus lumus untuk menyediakan apa sahaja agar nasib rakyat terbela. 
Hari ini juga menyaksikan pemimpin Sarawak iaitu Ketua Menteri Datuk Adenan dengan anggota kabinet sanggup memendekkan lawatan sambutan Tahun Baharu Cina demi menjenguk dan melihat sendiri keadaan rakyat jelata yang sedang dilanda musibah.  Sudah tentu ini akan mengubat sedikit rasa sedih rakyat atas keprihatinan pemimpin-pemimpin kita.

Sama-samalah kita berdoa agar musibah ini segera berlalu dan rakyat akan dapat menjalani penghidupan normal seperti biasa.  Untuk agensi-agensi yang telah awal menghulurkan bantuan terima kasih diucapkan semoga segala yang diusahakan dipermudahkan.

No comments:

Post a Comment