Sunday, 7 February 2016

ONG YANG SHEN HOU HUO 2016



Tuah Yang Tahun Monyet Api 2016
PEPATAH Cina "Semakin ke atas (tinggi) monyet memanjat pokok, anda akan nampak semakin jelas belakangnya."
Maksudnya, jika mereka menggunakan seluruh kemampuan yang ada dan bakat yang dimiliki, mereka semakin dikenali hasil daripada usaha gigih dan kejayaan yang diperolehi.
Di kalangan masyarakat Cina, mereka yang lahir dari kelompok 'Yang' dan 'Shen Hou Huo' (Tahun Monyet Api) merupakan tahun yang sesuai untuk menonjolkan bakat dan ketrampilan mereka dari segi kerjaya, kewangan atau pelajaran. Mereka tidak perlu malu~malu atau merasa rendah diri untuk berusaha menempah kejayaan.
Pakar feng shui Cina berpendapat, Tahun Monyet Api (Hou Huo) 2016 memberikan kelebihan 'ong' bagi mereka yang dilahirkan dalam zodiak kambing.
Dalam susunan 12 haiwan zodiak Cina, kambing merupakan haiwan zodiak Cina sebelum monyet (Hou) dan dilihat merupakan yang paling hampir dengan monyet.
Mereka yang berzodiak kambing, disarankan merebut peluang yang ada dan dinasihatkan jangan mensia~siakan peluang yang datang terutama dalam kerjaya dan pelaburan, kerana besar kemungkinan mereka diberi kenaikan pangkat dan gaji serta mencapai keuntungan dalam perniagaan sepanjang Tahun Monyet Api 2016.
Menurut zodiak Cina, monyet berada di kedudukan sembilan. Mereka yang lahir pada tahun monyet memiliki ciri~ciri sikap ingin tahu, ceria, bertenaga, fleksibel, percaya diri, berkarisma, setia dan berjiwa pemimpin.
Di sebalik kenakalan yang kadang~kadang mewarnai kehidupan, mereka juga terkenal sebagai penyelesai masalah, suka bekerjasama, mudah bergaul dan sikap berdikari serta inovatif yang dimiliki adalah kelebihan dalam usaha mereka menentukan prestasi menuju kejayaan yang bakal diperolehi.
Gaya kehidupan mereka sentiasa aktif, lincah, bijaksana, mampu belajar dengan cepat, suka pada cabaran dan suasana persekitaran kehidupan tenang seperti di desa. Satu kelebihan yang ada di sebalik gaya kehidupan, mereka jarang sakit. 

No comments:

Post a Comment