Monday, 1 February 2016

"LALUAN SI PEMBURU KEPALA"




THE Headhunter Trail atau Laluan Si Pemburu Kepala merupakan salah satu laluan yang ada di Taman Negara Mulu. Laluan “trek” dan “hiking” yang menjadi salah satu “wajib” rasa apabila berkunjung ke Mulu.
Mengikut sejarahnya beratus-ratus dahulu di ketika Perang Ngayau menjadi amalan di Borneo, laluan inilah yang menjadi laluan para pahlawan-pahlawan perang Kayan akan lalui. Bukannya satu laluan yang mudah kerana mereka akan menggunakan jalan darat dan seterusnya mengayuh sampan untuk memudiki Sungai Melinau sehingga ke Sungai Terikan.
Diceritakan acapkali apabila mereka pulang dari berperang mereka juga akan melalui Sungai Limbang dan disinilah mereka akan menyerang perkampungan etnik Murut. Dan setiap kali itulah mana-mana yang kalah akan dipenggal kepalanya.
Sekarang, “Laluan si pemburu kepala” sudah tidak digunakan oleh si pemburu kepala lagi kerana sejak di tahun 1840an ianya sudah diharamkan. Namun begitu, keunikan laluan bersejarah ini dijadikan sebahagian produk pelancongan jika berkunjung ke Taman Negara Mulu.
Dikatakan ianya satu trek hiking yang mencabar kerana memerlukan tenaga yang cukup kuat untuk meredah hutan serta berperahu ala-ala pahlawan Ngayau suatu waktu dahulu. Dan laluan ini juga cukup terkenal di mata dunia terutama di kalangan pelancong-pelancong luar Negara yang menggemari aktiviti lasak.

No comments:

Post a Comment