Monday 1 February 2016

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH!


“KAMI mahu memaklumkan kepada rakyat Sarawak bahawa kami (Pakatan Harapan) bersatu. Kami sudah mengumumkan yang kami akan bersatu menentang BN satu lawan satu. Tiada guna untuk kami bertelagah sesama sendiri merebut kerusi”. –Baru Bian-
Itulah antara kata ucapan daripada YB Ba’Kelalan iaitu Baru Bian yang juga merupakan Pengerusi PKR Sarawak sewaktu sidang media pengumuman calon PKR di Sarawak semalam. Di dalam sidang media itu juga turut dihadiri oleh Datuk Wan Azizah, Presiden PKR Malaysai serta Timbalan Presidennya, Datuk Azmin Ali yang juga Menteri Besar Selangor.
Senarai calon-calon PKR yang akan bertanding di PRN Ke-11 kelak adalah seperti berikut:
1. Francis Teron (N01 Opar)
2. Boniface Willie Tumek (N02 Tasik Biru)
3. Jajol Numan (N03 Tanjung Datu)
4. Nurhanim Hanna Mokhsen (N06 Tupong)
5. Mohd Salleh (N08 Satok)
6. See Chee How (N11 Batu Lintang)
7. Voon Shiak Ni (N13 Batu Kitang)
8. Athina Sim (N18 Serembu)
9. Willie Mongin (N19 Mambong)
10. Musa Ngog (N20 Tarat)
11. Cyril Langin (N22 Kedup)
12. Reginald Abell (NTriboh)
13. Jamilah Baharuddin (N25 Simunjan)
14. Abang Zulkifli bin Abang Engkeh (N28 Lingga)
15. Nicholas Mujah (N30 Balai Ringin)
16. Norina Utot (N32 Simanggang)
17. Kolien Liong (N34 Batang Ai)
18. Yukud Daud (N35 Saribas)
19. Vernon Kedit (N36 Layar)
20. Neol Bucking (N37 Bukit Saban)
21. Jemat Panjang (N38 Kalaka) 
22. Ali Biju (N39 Krian).
23. Baru Bian (N81 Ba’ Kelalan)

Manakala dua hari yang lepas, rakan sekutu Pakatan Harapan, DAP Sarawak pula turut membuat pengumuman tentang bahawa 5 orang calon telah sah akan mewakili DAP iaitu Wong King Wei (DUN Padungan), Violet Yong (DUN Pending), Christina Chiew Wan Seng (DUN Batu Kawah). Manakala Abdul Aziz Isa dan Chong Chieng Jen akan diumumkan pada saat akhir iaitu samada Dun Batu Kitang dan Dun Kota Sentosa.
Dan bagaimana dengan PAS yang melalui PAS Pusat sudah awal-awal lagi mengatakan mereka akan tetap akan meletakkan calon untuk 11 kawasan yang akan bertanding di PRN Ke-11 kelak.
Jadi dimanakah sinonimnya kata-kata Baru Bian di dalam memperkatakan kesepakatan mereka untuk memastikan satu lawan satu di dalam PRN Ke-11 ini sedangkan masing-masing ingin menjadi “Wira”!!
Kalau sudah penempatan calon pun tidak seia senada bagaimanalah pula nanti bila berkuasa!
Sudah Terang Lagi Bersuluh!

No comments:

Post a Comment