PROJEK sakit! Projek Terbengkalai! Itulah antara mainan puak pembangkang apabila berkata tentang pembinaan hospital baharu di Sri Aman. Hakikatnya apa yang disogokkan adalah di luar daripada hal yang sebenarnya.
Dengan kos sebanyak RM200 juta, projek pembinaan hospital Sri Aman telahpun memulakan kerja-kerja pembinaannya sekitar Oktober 2015 setelah proses pemilikan tanah selesai. Projek ini mengikut rancangan asalnya akan disiapkan di dalam tempoh 3 tahun. Jadi diperkira tarikh ianya siap adalah pada 25 Oktober 2018.
Apabila siap kelak, hospital yang baharu ini sudah tentu akan memberikan seribu rahmat kepada rakyat di Sri Aman kerana ianya akan mempunyai bangunan yang lebih besar berserta kemudahan perubatan yang terkini berbanding dengan hospital yang sedia ada sekarang. Satu projek yang dinanti-nantikan oleh penduduk Sri Aman itu sendiri.
Dilampirkan gambar-gambar kerja tapak yang status pembinaannya adalah pada 31 Disember 2015 sebagai bukti. Kerja-kerja penanaman cerucuk dan sebagainya sedang di dalam proses sekarang.
Jadi janganlah mudah terleka dengan mainan “fitnah” golongan yang berkepentingan ini seumpama Kerajaan tidak menunaikan janji untuk membina hospital baharu untuk rakyat Sri Aman.
No comments:
Post a Comment