Thursday, 4 February 2016

CALON PEMUDA PBB UNTUK N06 TUPONG?


USAI N50 Machan menyaksikan calon Pemuda PBB sebagai wakilnya. Ada lagi satu nama yang tidak kurang hebatnya sekuat desiran ombak di musim tengkujuh. Satu nama yang disebut-sebut akan menggunguli barisan muda bagi PRN ke-11 kelak.

Walau belum ada kenyataan rasmi daripada pucuk pimpinan BN Sarawak, namun angin politik di N06 Tupong telah diwarnai dengan kemunculan Fazrudin Abdul Rahman, anak muda yang tidak asing lagi di dalam lanskap politik Tupong itu sendiri.  Beliaulah yang telah digembar-gemburkan untuk menjadi "winnable candidate" bagi N06 Tupong.

Menyelusuri penglibatan Fazrudin di dalam dunia politik di Sarawak, beliau merupakan Setiausaha Politik untuk MP P194 Petra Jaya di bawah Datuk Fadilah Yusuf. Di dalam pentas Pemuda PBB pula, Fazrudin merupakan antara Ahli MKTnya.  Jadi tiada yang asing bagi anak muda ini bila berbicara tentang dunia politik Sarawak.

Fazrudin juga turut dekat di hati belia lebih-lebih lagi di dalam dunia bola sepak tempatan khususnya Kuching yang mana beliau merupakan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuching. Dari sini sahaja sudah cukup mengatakan penglibatan beliau sebagai antara pemimpin muda yang berpotensi di Sarawak.

Jadi sekiranya “benar” N06 Tupong akan diwakili oleh muka baru dari generasi pelapis Sarawak, ianya adalah sesuatu yang dinantikan lebih-lebih lagi bukan senang untuk memimpin N06 Tupong kerana sekarang ianya menuntut satu komitmen yang jitu dan bersungguh-sungguh. 

Tidak dinafikan, YB Datuk Daud Abdul Rahman telah memberikan penanda aras yang tinggi untuk pemimpin selepasnya kerana Tupong sekarang bukannya Tupong yang dahulu.  Usaha YB Datuk Daud yang telah berjaya mentransformasikan Tupong dari hanya sebuah perkampungan Melayu dahulu kepada antara kawasan yang pesat membangun sekarang harus diteruskan.

Mampukah Fazruddin menggalas tugas berat itu?

Atau mungkin ada calon lain dari kalangan Pemuda PBB yang lebih layak?

Jadi, sama-samalah kita tunggu pengumumannya nanti.  


No comments:

Post a Comment