Tuesday, 26 January 2016

17 HILANG TEMPAT TINGGAL

SERAMAI 17 mangsa tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran memusnahkan empat rumah di Kampung Bintawa Hilir, Kuching, jam 1.30 pagi tadi.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki turut melecur ketika cuba menyelamatkan ahli keluarganya yang lain, sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan.
Kejadian itu turut memusnahkan lima motosikal dan dua kereta.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, dua jentera bomba bersama 16 anggota, masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dan Tabuan Jaya, bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 1.39 pagi.
Katanya, sebaik tiba, api sedang marak membakar hampir keseluruhan rumah sebelum berjaya dikawal kira-kira setengah jam kemudian.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kecuali salah seorang mangsa didapati melecur, namun keadaannya dilaporkan stabil dan menerima rawatan di HUS.

No comments:

Post a Comment