Wednesday 20 January 2016

AUTONOMI UNTUK SARAWAK?

SEMALAM 20 Januari 2016, Datuk Adenan telah mengotakan janjinya untuk membincangkan penurunan kuasa autonomi dari Putrajaya kepada Kerajaan Negeri Sarawak.
Ini merupakan satu lagi “turning point” kerana ianya sudahpun diwar-warkan oleh PM Malaysia sendiri pada tahun lepas berdasarkan kehendak semasa rakyat Sarawak sekarang.
Perbincangan yang berlangsung di Putrajaya itu turut membincangkan beberapa kuasa autonomi yang seharusnya menjadi hak mutlak Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963.
Antara intipati perbincangan adalah mengenai isu royalti minyak sebanyak 5%. Peruntukan (budget) 2016 yang sebenarnya juga tidak mencukupi untuk Sarawak. Autonomi untuk pendidikan, Isu penurunan kuasa iaitu mengenai kewangan projek yang kebanyakannya banyak menimbulkan masalah birokrasi serta banyak lagi.
Apa yang dilakukan oleh Datuk Adenan ini adalah apa yang dilaungkannya sebelum ini bahawa sudah tiba masanya kuasa tersebut dikembalikan kepada Sarawak kerana sekarang orang Sarawak mampu menguruskannya sendiri.
Setakat ini belum ada kenyataan rasmi mengenai penghasilan daripada perbincangan itu samada dari Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Pusat.

No comments:

Post a Comment