Friday 22 January 2016

BEZAKAN AGAMA DAN POLITIK.





PEMIMPIN politik di Sarawak diseru mengenepikan perbezaan agama dan politik demi mengekalkan kesefahaman kaum berbilang bangsa dan agama.
Yang Di~Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengingatkan pemimpin politik beragama Islam perlu sentiasa menyokong dan meneruskan aktiviti keagamaan tanpa perlu mencampuri isu agama dan politik.
"Di Sarawak, masyarakat bukan Islam menerima fahaman Islam lebih baik berbanding di Semenanjung Malaysia. Oleh kerana itu, Sarawak diiktiraf negeri perpaduan dan rakyat harus mengekalkannya", jelas Tun Taib pada perasmian Masjid Darul Aqram, Belawai di Sarikei.
Tun Taib turut menyarankan Majlis Islam Sarawak mewujudkan peruntukkan khas untuk membantu usaha para ilmuan Islam meningkatkan kegiatan penyebaran kefahaman ilmu Al~Quran dengan lebih baik dan meluas ke kawasan lain terutama di kawasan pedalaman.
"Pembacaan Al~Quran dapat diperingkatkan dengan membawa lebih ramai guru agama ke sekolah dan kawasan pedalaman", tambah Tun Taib.
Tun Taib melahirkan rasa bangga kerana Sarawak telah berjaya melahirkan ramai qari dan qariah serta ilmuan Islam yang berkualiti. Ada di antara mereka berasal dari Belawai.
Masjid Darul Aqram, Belawai dibina semula menggantikan masjid lama yang berusia lebih 30 tahun, yang hanya mampu menampung 500 jemaah.
Masjid baharu bernilai RM4.7 juta ini dilengkapi pelbagai kemudahan dibina atas tanah seluas 11 hektar berhampiran pantai dan mampu menampung sehingga 2,000 jemaah.

No comments:

Post a Comment