SUASANA hening dan hiba ketika admin RedParrot menziarah dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Ferrinow bin Kadri, adiknya, Anthony bin Kadri dan ibunya, Nauyah binti Pusih di Kampung Bakam, Miri, malam tadi.
Ketiga~tiga mereka meninggal dunia di tempat kejadian setelah kenderaan Toyota Vios yang dipandu mendiang Ferrinow terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 114, Jalan Sibu~Bintulu pada 6 Januari lepas.
Mendiang Ferrinow, 32 tahun, seorang peguamcara merupakan anak ke~4 manakala Anthony, 25 tahun adalah anak bongsu dalam tujuh adik beradik.
Menurut abangnya, Bohari bin Kadri, beberapa hari sebelum kejadian, mendiang Ferrinow banyak mendiamkan diri berbanding sikap semulajadinya yang peramah. Manakala adik bongsunya, Anthony sempat merakamkan gambar kenangan mereka sekeluarga.
Selain sanak saudara keturunan Melanau, ramai rakan kenalan dan jiran tetangga berbangsa Melayu, Iban dan Cina turut menziarahi ketiga~tiga jenazah mendiang.
Pagi ini, jenazah mendiang Ferrinow, Anthony dan Nauyah disembahyangkan di gereja sebelum disemadikan di tanah perkuburan Kristian Lambir, jam 1 petang ini.
Semoga roh mereka berada di tempat baik~baik dan tenang.
Salam takziah dari admin RedParrot.
No comments:
Post a Comment