Thursday 21 January 2016

UNIVERSITI SWINBURNE – 82 UNIVERSITI TERBAIK DI DUNIA

SETIAP ibubapa sudah tentu menginginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka lebih-lebih lagi di dalam soal pelajaran. Apakan tidak hanya dengan berpelajaran tinggi akan membentuk sahsiah diri untuk menjadi seorang yang berguna kepada bangsa dan Negara.
Di dalam mencongak pemilihan “menara gading” untuk anak-anak sudah tentu ramai yang mengimpikan untuk menghantar anak-anak ke luar Negara. Menimba ilmu di “Negara orang” sudah tentu boleh membanggakan setiap keluarga. Namun tanpa kita sedari di dalam memasang impian itu kita terlupa bahawa sebenarnya di bumi kita sendiri ada universiti-universiti yang bertaraf dunia.
Tanpa kita semua ketahui bahawa ada satu universiti yang cawangan induk kampusnya adalah di Sarawak itu sendiri iaitu Universiti Swinburne juga sebenarnya mempunyai kelasnya tersendiri di mata dunia. Dengan pengkelasan terbarunya seperti yang dikeluarkan oleh The Times Higher Education, universiti ini merupakan ditangga 82 universiti terbaik di dunia pada masa kini.
Dan sudah tentu bukan mudah untuk mendapat pengkelasan sebegini sekiranya segala peperiksaan dan cara pembelajaran wajib mengikut taraf dunia. Jadi jangan memandang sepi akan kemampuan universiti ini walaupun ianya berada di Sarawak. Anak-anak kita juga boleh menjadi produk universiti berkelas dunia jika menuntut di sini.
Kos? Apalah sangat kos pembelajaran di Sarawak jika dibandingkan kos untuk menghantar anak-anak kita ke universiti di luar Negara.

No comments:

Post a Comment