"KERAJAAN negeri tidak akan menjanjikan apa~apa kepada rakyat sekiranya kita tahu tiada peruntukkan. Kita berjanji melaksanakan lebih banyak pembangunan kepada rakyat luarbandar kerana kita tahu Sarawak memiliki dana untuk tujuan itu. Kita akan minta lebih banyak kepada Kerajaan Pusat."~Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.
Bertepatan dengan janji kerajaan Sarawak kepada penduduk Marudi yang selama ini sabar menanti usaha menaiktaraf jalanraya Miri~ Marudi.
Jangan salah menafsir kerana pelaksanaan kerja~kerja menaiktaraf dan pembinaan jambatan merentasi Sungai Apong, Marudi yang bakal dilaksanakan secara berperingkat menerusi dana RM60 juta ini, bukanlah gimik politik kerajaan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke~11
Beberapa faktor sampingan perlu diteliti dan diselesaikan sebelum kerja~kerja menaiktaraf laluan jalanraya sejauh 42 kilometer ini dapat dilaksanakan.
Tidak dinafikan menanti kelukusan dana dari kerajaan pusat adalah salah satu daripadanya selain faktor cuaca.
Berikutan musim hujan berterusan akhir tahun lepas, pelaksanaan kerja~kerja menaiktaraf menghadapi masalah kelewatan daripada jadual asal, yang sepatutnya telah bermula akhir tahun lepas.
Sejak awal tahun ini, cuaca panas dan kering yang melanda bahagian utara Sarawak telah memudahkan syarikat kontraktor yang dilantik untuk memulakan kerja~kerja menaiktaraf kemudahan infrastruktur jalanraya Miri~ Marudi.
Laluan jalanraya yang dinaiktaraf ke standard R1 dan pelaksanaannya di pantau oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak ini, seringkali viral di halaman media sosial dan akhbar tempatan berikutan kesukaran yang terpaksa dialami pengguna yang berulangalik dari Marudi ke Miri dan sebaliknya untuk urusan harian.
Rungutan pengguna melalui media sosial meningkat terutama ketika musim hujan turun berterusan dan kenaikan paras air Sungai Apong.
Sepanjang pelaksanaan kerja~kerja menaiktaraf laluan jalanraya ini, pengguna dinasihatkan bertolak ansur dan bekerjasama dengan pengguna lain dan pekerja syarikat kontraktor serta mematuhi semua arahan papan tanda di sepanjang jalanraya sekaligus melancarkan semua urusan kerja~kerja penambahbaikan.
No comments:
Post a Comment