Monday, 18 January 2016

"UMNO" DI SARAWAK?

ENTAH dari mana timbulnya stigma ketakutan apabila berbicara mengenai parti politik UMNO ini "SUDAH ADA" di Sarawak. 
Pelbagai respons dan luahan yang dilontarkan oleh sesetengah pihak yang sebenarnya cuba untuk mengadu domba masyarakat Sarawak pada masa kini.
Yang pasti sejak dari dahulu lagi TIADA UMNO di Sarawak malah Ketua Menteri Datuk Adenan sebagai Pengerusi BN Sarawak telah menyatakan beberapa kali bahawa UMNO tidak akan bertapak di Sarawak.
Dan kenyataan ini diperkuatkan lagi oleh Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden UMNO sendiri bahawa UMNO akan terus memberikan sokongan kepada PBB dan juga mana-mana parti politik dibawah panji Barisan Nasional untuk menerajui Sarawak.
Jadi mengapa sentimen ini yang dimainkan oleh segolongan pihak yang mempunyai agenda tersendiri? Mereka bertepik kuat-kuat apabila berkata tentang UMNO tetapi yang peliknya mengapa mendiam seribu bahasa, lidah kelu untuk berbicara apabila berkata tentang DAP, PKR, PAS, PAN. Bukankah ini juga parti politik dari Malaya?
Jika benar patriotik, mengapa tidak sokong sahaja parti politik tempatan dari Sarawak? 
Tepuk Dada Tanya Iman.

No comments:

Post a Comment