Wednesday, 13 January 2016

KONGSI TAHUN BARU CINA



SAMBUTAN perayaan dikongsi semua lapisan masyarakat di Sarawak dalam suasana harmoni.
Terkini, kemeriahan menjelang perayaan Tahun Baharu Cina kian terasa di kalangan masyarakat Sarawak yang pelbagai etnik dan warisan budaya. Mood sambutan dihangatkan lagi dengan hiasan bertemakan warna merah yang melambangkan tuah, rezeki, gembira dan hidup senang.
Uniknya, di Pasar Malam Saberkas Miri, suasana kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina turut dikongsi pemilik Warung Mat Cina, Mohamad Azman Abdullah.
Hiasan dan lampu neon berwarna merah selain lagu~lagu sambutan Tahun Baharu Cina yang berkumandang menjadi tarikan tersendiri kepada pengunjung singgah membeli pelbagai jenis mee dan nasi goreng yang tersedia.
Menariknya lagi, kegemaran pemilik Warung Mat Cina ini tidak hanya dikongsi untuk sambutan perayaan Tahun Baharu Cina tetapi juga perayaan Hari Gawai Dayak, Hari Raya Aidil Fitri dan Krismas.

No comments:

Post a Comment